Rabu, 13 Jun 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


UMNO Online - Mangsa Ribut Di Tujuh Kampung <b>Di Kijal</b> Dapat <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2012 05:28 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Mangsa Ribut Di Tujuh Kampung Di Kijal Dapat Pembelaan

KEMAMAN, 8 Jun – Penantian 92 mangsa ribut di tujuh kampung di Kijal yang menanggung kerugian berikutan bencana alam itu pada 25 Mei lepas terubat apabila kerajaan negeri Terengganu hari ini tampil menghulurkan bantuan meringankan beban mereka.

Bantuan tersebut meliputi membaik pulih rumah yang rosak serta membina tiga rumah baru di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang setiap seunit bernilai RM33,000 bagi menggantikan tiga rumah mangsa yang ranap teruk dalam kejadian itu.

Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said berkata setakat ini 84 rumah telah siap dibaik pulih sementara lima lagi masih dalam proses baik pulih.

"Kerja-kerja pembinaan rumah PPRT pula dijangka akan dimulakan minggu depan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Ribut dan Penyerahan Baucer Bantu Niaga di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Anak Dara, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata nilai keseluruhan bantuan yang disalurkan setakat ini masih lagi belum dapat dianggarkan.

Pada majlis berkenaan itu, setiap keluarga mangsa turut menerima bantuan berjumlah RM15,000 daripada Agrobank Terengganu dan RM30,000 daripada Petronas Wilayah Timur.

Agrobank tampil memberikan sumbangan berupa bantuan wang tunai dan pembiayaan membaik pulih rumah yang rosak teruk membabitkan pemberian sebanyak RM1,000 kepada SK Bukit Anak Dara yang turut rosak dilanda ribut, RM500 untuk setiap mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan RM250 untuk mangsa yang mengalami kerosakan sederhana.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata sementara mangsa yang mengalami kerosakan rumah minimum menerima RM100 selain semua mangsa terlibat turut diberikan bantuan dalam bentuk barang keperluan dapur.

Menurutnya, Agrobank berharap bantuan tersebut dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung mangsa ribut yang kebanyakan terdiri daripada golongan petani dan nelayan yang merupakan antara kumpulan sasar institusi perbankan mereka.

Semasa kejadian ribut dan puting beliung yang menyerang tujuh kampung di daerah ini dua minggu lalu, Kampung Bukit Anak Dara menjadi kawasan yang paling teruk terjejas apabila 34 rumah rosak teruk diikuti dengan enam kampung lain iaitu Kampung Tengah, Kampung Darat, Kampung Titian Berayun, Kampung Ibai Penunjuk, Kampung Che Wan dan Kampung Teluk Kalong.

Dalam perkembangan lain pada majlis berkenaan, seramai 106 penduduk kawasan Kijal menerima baucer bantu niaga agar penerima dapat memanfaatkan bantuan dalam bentuk peralatan yang diberikan untuk menambah pendapatan keluarga masing-masing.

Berita Bertarikh 8 June 2012 (5 Hari Lalu) Pada 8:28 PM

Awana <b>Kijal</b> : Apa yang menarik <b>di</b> sana?? | ~Blog Yus - Our Life~

Posted: 12 Jun 2012 05:51 PM PDT

Sambungan dari entri sebelum ni...fuh!!! Pening juga nak pilih gambar ni. Semua menarik pada pandangan mata aku. Dan nak pastikan tidak terlalu banyak gambar dalam satu entri. Nak buat slideshow, tapi rasa tak best! Satu-satu lagi menarik bagi aku.
Apa pun cuba buat yang terbaik untuk mudah pembaca dan aku sendiri tengok balik.  
Apa yang menarik di Awana Kijal Resort ni? Pertamanya pemandangan di sekelilingnya. Mari kita lihat bersama......:)








Ini pula laluan menuju ke pantai. Ada badminton court juga di sana dan adik yang sedang khusuk Arif perhatikan itu sedang cuba menerbangkan helikopter mainannya. Macam-macam boleh buat di sini kan?
Nampak gaya dah 10 keping gambar di entri ini. Kita berehat dulu. Nanti sambung lagi ya. Selepas ni kita lihat kolam renang dia yang besar, pantai, dan aktiviti kami bermain chess, dam ular, tengteng, jalan atas batuan yang boleh perbaiki perjalanan darah kita katanya, main congkak juga aktiviti luar resort. Mungkin akan di bahagi-bahagi kepada beberapa entri. Aduh! Pening pulak aku nak buat entri cuti-cuti Terengganu ni....

to be continued....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads