Khamis, 21 Jun 2012

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Rafizi bertanding di Pandan? Kenapa tak <b>di Kemaman</b>? ~ Mesin <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2012 05:17 AM PDT

Beberapa hari lepas aku terima SMS dari nombor 017-39***66 berbunyi begini:

"RM0. Tinjauan Pendapat Umum PRU13 - Pada pandangan anda parti mana & apakah ciri2 calon yang akn menjadi pilihan anda untuk mewakili Parlimen Kemaman, Terengganu. TK."

Aku tak kenal nombor si pengirim dan aku tak pasti pihak mana yang menghantar SMS tersebut. Jadi aku abaikan sahaja tanpa memberi sebarang jawapan. Aku cuma jawab dalam hati saja dan kalau dalam hati hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

Sebut pasal Parlimen Kemaman, aku yakin BN akan mengekalkan Shabery Cheek di sana. Lagipun khabarnya beliau pun dah all-out turun padang di kawasan berkenaan bagi memastikan beliau kekal jadi pilihan rakyat Kemaman. Dan aku percaya peluangnya cerah memandangkan Kemaman adalah fix deposite BN di Terengganu.

Cuma aku tertanya-tanya juga, kenapa Rafizi Ramli anak jadi bandar Chukai, Kemaman tidak mahu bertanding di sana dan menghadapi Shabery? Kenapa beliau disebut-sebut untuk bertanding di Pandan, Selangor dan nak menentang bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat pulak?

Apakah kerana peluang Rafizi di Kemaman memang sangat tipis berbanding di Pandan yang majoriti pengundinya bukan Melayu? Atau kerana Rafizi sedar dia tidak dikenali sama sekali di Kemaman berbanding di Selangor. Maklum, sejak jadi CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (Anwarlah tu), namanya menjadi sebutan rakyat negeri ini.

Petang ini aku dapat tahu Rafizi sudah meletakkan jawatan sebagai CEO di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor atas alasan penat nak urus perihal negeri Selangor dan parti. Dalam PKR beliau bertindak sebagai Pengarah Strategik parti.

Tapi khabarnya peletakan jawatan Rafizi ada kaitan dengan sengketa antara tim Azmin Ali dan tim Khalid Ibrahim dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Azmin dikatakan tidak berpuas hati dengan Faekah yang "terlebih sudu dari kuah" dan mahu dia letak jawatan. Sedangkan semua tahu Faekah adalah orang kepercayaan Wan Azizah dan kedudukan beliau di pejabat MB juga ada lobi Wan Azizah.

Hemmm... Eloklah gaduh-gaduh. Tapi orang UMNO tolong jangan komen apa-apa. Jangan masuk campur. Mari kita pakat ramai-ramai tengok dan dan tepuk tangan kuat-kuat. Heee....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads