13 di kemaman - Google Blog Search |
SANGGAHTOKSAGO.COM: Tidak mungkin bertanding <b>di Kemaman</b> <b>...</b> Posted: 13 Jun 2012 06:51 PM PDT Telahan Sanggahtoksago pada 11 Jun 2012, melalui posting "Rafizi Ramli bertanding di Parlimen Pandan berdepan Ong Tee Keat?" menjadi bicara tepat apabila semua penecramah yang berucap pada Ceramah "Merdeka Rakyat" di Padang Taman Seraya dalam Parlimen Pandan malam tadi, 13 Jun yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut nama Rafizi sebagai calon Parlimen Pandan. Nama Pengarah Strategi PKR disebut berulang kali dan dilihat sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menawan Parlimen Pandan pada PRU-13 akan datang. Malah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menegaskan DAP tidak akan bertanding di Parlimen itu kerana yakin dengan ketokohan Rafizi menambahkan lagi spekulasi itu. Anwar pula dalam ucapannya turut memuji Rafizi kerana berjaya membongkar skandal NFC, isu besar melibatkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan terhadap wang rakyat, lapor Keadilandaily. "Kita ucap tahniah pada Rafizi kerana dia dapat fokus dan konsisten membantu membongkar satu skandal besar yang memalukan negara kita," kata Anwar di awal ucapannya malam tadi. Anwar berkata, anak muda berbakat wajar diberi ruang dan peluang untuk memajukan negara ini dan bukannya disekat hanya kerana golongan muda mampu menggugat kerajaan sebagaimana berlaku dalam sejarah "Singapura dilanggar todak". "Dalam Sejarah Melayu ada seorang kanak-kanak cerdik bernama Hang Nadim ketika Singapura diserang todak, di mana masa itu pahlawan Istana mahu pertahan Raja dengan betis yang mengakibatkan ramai rakyat mati. Hang Nadim pula kata, tanam batang pisang dan raja bersetuju, maka selamatlah dari serangan ikan todak," katanya. Malangnya kata Anwar, penasihat kerajaan masa itu mencemburui Hang Nadim sehingga kanak-kanak cerdik itu dihukum bunuh, diikat dengan besi dan direjam dan di lautan Singapura. "Itu pengajaran Sejarah Melayu ratusan tahun lalu dan sebagai peringatan kepada kita, agar tokoh muda yang punya kewibawaan harus dibantu dan angkat mereka demi masa depan Malaysia tercinta," kata Anwar sebagai simbolik terhadap karisma yang dimiliki Rafizi. Rafizi yang sebelum ini mendedahkan skandal NFC menyebabkan beliau diserang pelbagai penjuru oleh Umno termasuk disaman hanya kerana skandal itu mengheret banyak nama besar pimpinan Umno. Mereka termasuk Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi projek berimpak tinggi itu, bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian ketika ini. Turut dikait dalam skandal ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (antara pemimpin berkuasa semasa projek NFC dilulus pada 2007) dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mana keluarga beliau terlibat dalam skandal ini. Mengulas berhubung pencalonan itu, Rafizi tidak menolak kemungkinan bertanding di Pandan. Katanya, beliau juga tidak tahu sekiranya beliau akan dipertandingkan di Parlimen Kemaman pula di saat terakhir. "Tentulah keputusan akan dibuat di saat akhir. Tapi orang Pandan tahu, saya sudah lama turun ke kawasan ini," katanya. Bagaimanapun menurut Rafizi, keputusan akhir ditentukan pimpinan parti. |
You are subscribed to email updates from di kemaman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan