Isnin, 4 Jun 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Bila Lelaki Kacak Memberi Nasihat | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 26 Apr 2012 09:34 AM PDT

Salam satu Malaysia. Lelaki kacak terpilih pada kali ini ingin memberi nasihat dan petua untuk menjadi kacak. Kepada semua lelaki yang ingin kelihatan hebat dan bergaya, boleh mengikut petua dan nasihat yang akan dikongsikan oleh lelaki yang hebat ini.

Kacak Luar Dalam

Jika anda ingin menjadi lelaki kacak luar dan dalam, anda mestilah seorang yang mementingkan penampilan dan cerewet tentang pakaian dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Kebersihan diri luar dan dalam harus diamalkan untuk kekal kacak dan bergaya di mata semua orang.

Rambut

Untuk tampil segak, potongan rambut menjadi keutamaan. Potongan rambut mengikut kesesuaian raut wajah agar tampak hebat dan macho. Jika botak atau tidak berambut sesuai dengan bentuk wajah anda. Anda disarankan membotakkan kepala agar nampak lebih segak. Pemilihan syampu untuk rambut juga adalah harus diberikan keutamaan agar rambut nampak lebih bersinar.

Muka

Muka adalah fokus utama yang harus diberi perhatian. Gunakan pencuci muka yang bersesuaian mengikut jenis kulit muka anda agar nampak bersih. Jika anda mempunyai misai dan janggut, potong misai dan janggut mengikut kehendak dan potongan yang anda inginkan, namun kebersihan muka harus diutamakan.

Badan

Penjagaan badan untuk lelaki juga diutamakan untuk kelihatan tampan dan sasa. Pemilihan makanan yang bersesuaian adalah perlu seperti makanan yang berkhasiat. Anda disarankan tidak merokok kerana merokok mengakibatkan selera makan berkurangan. Pemakanan makanan tambahan seperti susu atau vitamin untuk badan adalah baik untuk diamalkan. Sila rujuk farmasi berdekatan untuk nasihat lanjut.

Pakaian

Pakaian yang berjenama adalah lebih baik  untuk anda yang mementingkan penampilan dan perhatian. Kerana pakaian berjenama lebih berkualiti dan ini akan meyakinkan anda untuk tampil dikhalayak umum. Pakaian berjenama juga akan membuatkan anda lebih selesa dan kacak bergaya.

Nota: Nasihat di atas adalah rekaan semata daripada lelaki kacak seperti di dalam gambar. Sila abaikan nasihat ini sekira fakta di atas adalah salah kerana tujuan nasihat ini mempunyai kaitan dengan Cabaran SEO Lelaki Kacak.

Carian Popular Terkini:
  • bila lelaki ingin berkenalan
  • ciri lelaki mengikut mata
  • misai dan janggut
  • nasihat
  • petua untuk lelaki
  • potongan misai yg sesuai
  • senarai makanan untuk lelaki
  • sifat lelaki sunyi
  • www penampilan tak sesuai

Tags: , ,

Category: Lelaki Kacak

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads