Rabu, 16 Mei 2012

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


SMK <b>Wakaf Tapai</b>: LADAP KE KL & LAWATAN PENANDA ARAS KE <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 07:38 PM PDT

Baru-baru ini, SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ke Kuala Lumpur dan Lawatan Penanda Aras ke SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2012 sehingga 5 Mei 2012 yang terdiri daripada 40 orang guru dan 10 orang staf sokongan. Latihan ini adalah anjuran daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Kami menginap di Hotel Cititel Express, Kuala Lumpur.
Pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 kami telah membuat lawatan ke SM Sains Seri Puteri yang juga dikenali sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Di situ, kami diberi taklimat mengenai sekolah beliau dan melawat bilik-bilik khas di sana  Pada jam 8.30 malam kami diberi ceramah yang bertajuk "Jatuh Bangun Sebuah Empayar " yang disampaikan oleh Tuan Haji Talaha Bin Ali, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu
Keesokan harinya 5 Mei 2012, jam 8.30 pagi kami diberi ceramah yang bertajuk " Islam Agama Persekutuan " oleh Ketua Pen. Pengarah, Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu, Ustaz Haji Kamal Bin Abdullah. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kami bertolak pulang pada jam 2.30 petang.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads