Khamis, 3 Mei 2012

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Tempahan Bilik, Bot <b>Di Pulau Perhentian</b> Hampir Penuh Sehingga <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 07:50 PM PDT

BESUT, 17 April (Bernama) — Cuaca panas di kawasan pantai timur sekarang menyaksikan peningkatan ketara pelancong ke Pulau Perhentian dengan tempahan bilik serta bot hampir penuh sehingga bulan Jun ini.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata syarikat pelancongan yang beroperasi di Kuala Besut mencatatkan transaksi memberangsangkan baik daripada pelancong dalam negeri mahupun luar negara.

Pengusaha Penginapan Golden Tropical Holidays Zamri Zakaria ketika ditemui, berkata tempahan yang banyak menyebabkan beliau terpaksa merujuk ramai pelanggan kepada pengusaha lain.

Sementara itu, Ketua Pejabat Jabatan Laut Kuala Besut Mohd Sidek Hassan berkata dari Januari hingga 1 April tahun ini, sejumlah 21,604 pelancong tiba di pulau peranginan tersebut.

Sepanjang tahun lalu, seramai 101,233 pelancong berkunjung ke Pulau Perhentian yang mana tempoh paling ramai ialah pada musim cuti sekolah pada bulan Mei dan Jun, katanya.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads