Jumaat, 25 Mei 2012

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


teganuku: Penemuan Harta Karun <b>Di</b> Perairan <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 20 May 2012 05:57 AM PDT


Muzium Negeri Terengganu menyambut baik penemuan "harta karun" yang berupa artifak seperti tempayan, takar dan pasu oleh sepasukan penyelam tempatan di Pulau Bidong dekat Kuala Terengganu pada pertengahan Mac lepas.

Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdullah berkata, artifak yang dipercayai berusia lebih 100 tahun itu merupakan tinggalan kesan penting dari segi persejarahan bermulanya ketamadunan negeri Terengganu.

"Sebelum ini, kita menjumpai artifak-artifak seumpama ini dalam sebuah kapal di perairan Dungun," katanya.

Terdapat ratusan artifak ditemui kira-kira 11 kilometer dari jeti Merang dan dua kilometer dari Pulau Bidong, pada kedalaman 18 meter dan keluasan kawasan kira-kira 30 meter persegi dan Muzium Negeri Terengganu kini sedang giat mengumpul maklumat mengenainya.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof berkata, pihaknya memerlukan kerjasama orang ramai, terutamnya penyelam untuk mencari kawasan-kawasan lain yang berkemungkinan masih ada lagi artifak seumpama itu di dasar laut perairan negara.

Mohd. Yusof berkata kawasan Pulau Bidong satu masa dahulu adalah laluan perdagangan dan percaya kemungkinan terdapat kapal pecah dan tenggelam di kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads