Isnin, 21 Mei 2012

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: [WASPADA] Ada "Superman" <b>Di Kuala Berang</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 06:45 AM PST

Terjun ala 'Superman'

KUALA BERANG - Sebuah rumah seorang warga emas di Taman Indah Sari dipecah masuk kira-kira 11 pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika Mandak Salleh, 67, pulang ke rumahnya untuk mengambil ubat kencing manis dan darah tinggi selepas dua hari bermalam di rumah anak perempuannya, Wan Faizatul Akmawati Wan Muda, 44, tidak jauh dari situ.

Menurutnya, ketika dia, anaknya, Wan Faizatul Akmawati dan menantunya Mabath Khan Silah Ayob, 48, tiba di rumah berkenaan, mereka dikejutkan dengan kelibat seseorang yang berada di dalam rumah, sedangkan tiada siapa yang menghuni rumahnya sejak dia tinggal bersama anaknya.

"Ketika makcik hendak membuka pintu utama rumah, menantu makcik, Mabath ternampak orang di dalam rumah seolah-olah cuba keluar dari kawasan ini.

"Kata Mabath, dia seolah-olah mengenali pencuri itu dan mendakwa sudah beberapa kali memecah masuk untuk mencuri," katanya ketika ditemui rumahnya di sini semalam.

Mandak berkata, menantunya meminta Wan Faizatul Akmawati ke belakang rumah bagi mengepung pencuri itu sebelum memaklumkannya kepada polis.

"Dalam keadaan kelam kabut, Mabath nekad hendak masuk ke rumah itu untuk menangkap pencuri berkenaan. Dia meminta kunci rumah daripada isterinya yang ketika itu berada di belakang rumah," katanya.

Bagaimanapun, ketika Wan Faizatul Akmawati menyerahkan kunci kepada suaminya, pencuri itu nekad terjun ala 'Superman' melalui tingkap dari rumah dua tingkat tersebut.

"Dalam sekelip mata sahaja, pencuri berkenaan hilang tanpa sebarang bunyi kerana setelah diperiksa di dalam rumah, dia sudah tiada," katanya.

Sementara itu, Wan Faizatul Akmawati berkata, pencuri berkenaan mungkin masuk ke dalam rumah berkenaan melalui sisir angin bilik mandi kerana cermin tingkap tersusun di atas pagar dan kerusi diatur elok untuk memudahkannya memanjat masuk.

"Kejadian ini adalah kali keempat dan saya percaya ia kerja penagih dadah yang mahu mencuri barangan di dalam rumah ini ketika ibu saya tiada," katanya.

Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads