Jumaat, 18 Mei 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Seramai 1466 Peneroka <b>Di</b> Empat Felda <b>Hulu Terengganu</b> Terima <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 02:08 PM PDT

HULU TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) — Seramai 1,466 peneroka di empat tanah rancangan Felda di sini menerima 'durian runtuh' berjumlah RM7.33 juta, sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.925 juta diserahkan kepada 585 peneroka Felda Bukit Bading, RM1.835 juta (367 peneroka Felda Jerangau Barat), RM1.645 juta (329 peneroka Felda Mengkawang) dan RM925,000 (185 peneroka Felda Tersat).

Majlis penyerahan replika cek disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di Felda Jerangau Barat di sini semalam.

Bagi 101 peneroka di Felda Jerangau Barat, majlis itu memberi keriangan berganda kepada mereka kerana turut menerima geran hak milik tanah tapak kediaman dan tanah ladang seluas lebih empat hektar.

Peneroka yang ditemui, Chik Mamat, 64, dan isterinya Ramlah Mohamad, 58, berkata penantian mereka selama 30 tahun ternyata berbaloi apabila menerima geran hak milik tanah itu daripada Menteri Besar sendiri.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads