Ahad, 27 Mei 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


My Journey from d&#39;Cradle 2 d&#39;Grave: TAJUK 287: <b>GONG KEDAK</b> AIR <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 12:51 AM PDT



Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan (Kod IATA/ICAO: WMGK) adalah sebuah merupakan salah satu pangkalan udara yang termuda dalam TUDM dan merupakan lapangan terbang tentera yang yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. 70% dari keseluruhan kawasan pangkalan terletak dalam daerah Pasir Putih dalam negeri Kelantan tetapi alamat rasminya di Jerteh dalam Daerah Besut, negeri Terengganu.  PU Gong Kedak, Kelantan merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik TUDM dan menempatkan No. 11 Skuadron (pesawat Su30MKM.
Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan ditubuhkan secara rasmi pada 13 Februari 1998, mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November 1998. 


Sejarah Pangkalan Udara Gong Kedak bermula dengan kewujudan sebuah landasan kapal terbang sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi di sini yang dibina pihak Tentera Udara British. Landasan ini (menurut satu sumber) juga digunakan oleh tentera udara Jepun untuk mendaratkan pesawatnya masuk ke Tanah Melayu dalam Kempen Malaya dari arah udara. Pada awal tahun 1960-an, landasan ini masih lagi digunakan oleh Tentera Udara British di samping Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bermula awal tahun 1970-an sehingga tahun 1989, landasan terbang ini hanya digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khasnya bagi Latihan Payung Terjun sahaja. 
Pada tahun 1993, lokasi ini telah dibangunkan dengan penempatan sebuah unit TUDM dan telah beroperasi pada awalnya dikenali sebagai Skuadron 321 Bukit Peteri. Pada bulan Mac 1993, pangkalan ini telah bermula dengan unit kecil dinamakan Tim Pendahuluan Skuadron 321 TUDM Bukit Peteri. Keseluruhan kawasan kem TUDM Bukit Peteri ini terletak dalam negeri Terengganu. Pada tahun 1995, projek pembangunan Pangkalan Udara Gong Kedak telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Seterusnya Pangkalan Udara Gong Kedak telah ditubuhkan pada 13 Februari 1998 dan mula beroperasi pada bulan November 1998. 
Di peringkat awal penubuhannya, pangkalan ini menempatkan sementara Pusat Latihan Terbang III dengan pesawat PC7 yang dipindahkan dari Pangkalan Udara Kuantan.  Dengan ketibaan pesawat Su30MKM, kesemua pesawat PC7 di PULTIBANG III digabungkan dengan PULATIBANG I di Pangkalan Udara Alor Setar.


Di atas tujuan pembesaran dan memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya TUDM, kerajaan telah memulakan proses pengambilan tanah (sekitar kampung Gong Kedak, Gong Badak, Kelantan dan kini kawasan telah meluas ke beberapa kampung sekitar iaitu Kampung Gong Tengah, Kampung Gong Manak di daerah Pasir Puteh, Kelatan dan Kampung Beris Pak Abu daerah Besut, Terengganu) untuk pembinaan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan dan prosesnya dijalankan oleh Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1981 dan berakhir pada tahun sekitar 2000




Keunikan PUGK adalah dapat 'enjoy' cuti hari kelepasan untuk dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu (dan sudah tentu cuti am Persekutuan). 




Kali pertama aku sampai ke pangkalan ini ialah di awal tahun 90an ketika itu hanya ada TUDM Bukit Peteri.  Aku (masa itu berpangkat Mejar)  bercuti bersama keluarga ke pantai timur melalui Lebuhraya Timur-Barat dari Grik, Perak.
Perancangan awal, dari KL aku menginap satu malam di sebuah chalet di Teluk Muruh (Lumut, Perak) kemudian menuju ke utara dengan niat untuk ke Langkawi.  Tapi tiba di Kuala Kangsar, aku mengubah fikiran serta-merta, batalkan Langkawi menuju ke Kota Bharu. Aku mengubah haluan ke arah Grik dan memasuki Lebuhraya Timur-Barat (LTB).  Pengalaman pertama (sekali itu sahaja setakat ini) melalui lebuhraya yang menggerunkan itu.  Hutan sepanjang jalan, melalui cerun perbukitan, senyap (tidak banyak kenderaan).  Sentiasa risau jika bertemu kawanan gajah atau Pak Belang.  Kereta aku pun bukanlah elok sangat. Akhirnya dengan izin Allah dapat keluar di Jeli sebelum ke Kota Bharu.  Memandu kereta Proton Saga 1.3, WBK 1718.
merentasi jambatan Tasik Temenggor
papan tanda yang menggerunkan pengguna LTB

Setelah bermalam di sebuah hotel kelas rendah (masa tu mana ada duit) di KB, aku meneruskan perjalanan ke arah Terengganu melalui Pasir Putih dan singgah di Bukit Peteri. Aku menumpang tidur di Mes Pegawai 321 Skn.  Untuk dijadkan cerita, aku terkandas di sana selama 2 malam.  Hujan lebat selama dua hari tanpa berhenti-henti. Dan malam tersebut, isteriku dikejutkan dengan gangguan misteri di tengah malam.  Aku yang kepenatan memandu jarak jauh memang tidur mati.  Katanya, tengah malam, ada orang ketuk pintu di luar bilik.  Bila dibuka, tiada siapa.  Beberapa kali macam itu.  Alhamdulillah, abis macam itu sahaja.

Malam pertama di sana, KCM Mej Rusli Ibrahim (coursemate basic course) sekeluarga belanja kami makan di sebuah resoran di pekan Jertih.


Sambung tadi mengenai hujan lebat.  Masuk hari ke3 di sana, aku pun dah tak larat nak tunggu, maklumlah keadaan di sana bukan macam sekarang, nak cari makan jauh, kena keluar ke pekan Jertih. Dah lah tu, siang malam hujan. Tak boleh bergerak.  Aku buat keputusan untuk meneruskan perjalanan. Dalam hujan lebat, membulatkan fikiran memandu menuju ke arah Terengganu.  Jalan ke arah jambatan di pekan Kuala Besut sudah dinaiki air hampir satu kaki.  Aku memberanikan hati mengikuti belakang lori menyeberangi jambatan itu. Meneruskan perjalanan melalui Setiu ke arah Kuala Terengganu.  Tidak bermalam di KT tetapi aku singgah bermalam di Awang Motel, di pantai Rantau Abang. AKu tak pasti, motel ini ada lagi atau tidak.

Ada dua peristiwa ngeri semasa aku bermalam di motel ini. Pertama.  Masa itu ujung tahun- musim tengkujuh, ombak tinggi.  Aku memang tak berani mandi laut dan tak membenarkan anak-anak aku mandi.  Petang-petang kami hanya berjalan-jalan di gigi air pantai.  Tiba-tiba satu ombang yang agak besar menghempas pantai, lampiasan ombak tersebut melepasi kami dan semasa air serpihan itu mengalir semula ke laut, ia menarik sekali pasir yang kami pijak.  Nasib baik aku pegang anak aku Atikah. Kalau tidak pasti ia ditarik oleh air ke arah lautan.  Pucat lesi aku dan isteriku. Kami bergegas pulang ke chalet.
Peristiwa kedua ialah malam semasa kami menginap.  Dalam jam 1 atau 2 pagi, kami terdengar lain macam sahaja di luar chalet kami.  Anak aku Hafeez tidur dibilik sebelah mengetuk bilik aku dan menunjuk ke arah tingkap. Dari cermin sebelah atas tingkap, kami ternampak tangan manusia memanjat melalui tingkap. Isteri aku menjerit.  Penceroboh itu melompat dan lari.
Keesokan paginya aku meneruskan perjalan meninggal pelbagai kenangan bercuti ke Pantai Timur menuju ke Kuantan (melalui jalan pantai- Marang-Kemaman-Cherating).  Aku tidak menginap di Kuantan tetapi terus pulang ke KL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads