Rabu, 11 April 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Buletin Online: Pasti Juara Pendidikan Pra-Sekolah <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 03 Mar 2012 04:11 PM PST

PULAU REDANG – Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) yang ditubuhkan di pulau ini sejak 10 tahun lalu, kini menjadi pilihan utama kepada lebih 1400 orang penduduknya berbanding pendidikan pra-sekolah Tadika Kemas.

Jumlah pelajar yang mendaftar di Pasti pada sesi persekolahan baru 2012 adalah seramai 44 orang berbanding 24 orang pada sesi lalu.

Manakala, pelajar Tadika Kemas yang dianjurkan Umno semakin meleset dengan seramai 11 orang sahaja yang menjadi pelajarnya pada sesi ini berbanding 20 orang pada sesi lalu.

Menurut Pengarah Pasti Negeri Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong, program-program pendidikan yang dilaksanakan oleh Pasti mememuhi kehendak semasa.

"hari ini kita menggerakkan Pasti memenuhi kehendak keperluan pendidikan semasa, sebab itu apabila (kerajaan) menekanekan (kaedah) 3M kita (Pasti) memperkenalkan 5M,

"supaya anak-anak yang keluar daripada Pasti ini bukan sahaja cemerlang dari kurikulumnya, tetapi juga dari sudut amalannya,"Ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Pasti bersama ibu bapa pelajar dalam Lawatan Kerja Pasti Negeri Terengganu ke Pasti An-Nadwah, di sini Sabtu 3 Mac.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Satu perlawatan bolasepak persahabatan diantara pasukan Pasti Negeri Terengganu dengan Penduduk Pulau turut diadakan sempena lawatan tersebut.

explore terengganu: Taman Laut, <b>Pulau Redang</b>

Posted: 10 Apr 2012 06:29 PM PDT

Taman Laut Pulau Redang, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada
para pelancong terutamanya kepada yang meminati aktiviti 'scuba'diving'. Ianya terletak
bersebelahan dengan Pulau Redang dan nama pulau ini ialah Pulau Pinang. 
Di bawah adalah pandangan dari udara tempat di mana gambar-gambar yang 
sempat saya rakam sewaktu berkunjung di sana. Jika anda ingin melihat keseluruhan
Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Memandangkan sewaktu saya berkunjung di sini pada musim tengkujuh,
aktiviti nelayan sangatlah terbatas. Jadi kebanyakan nelayan hanya menangkap ikan 
secara mengail berhampiran dengan taman laut ini memandangkan kawasan ini
terlindung dari ombak besar. jangan terkejut kalau saya katakan
bekalan ikan di sini diambil dari tanah besar.
Bot-bot dan kapal mewah juga ada berlabuh di sekitar pulau ini. 

Ini adalah ikan-ikan yang terdapat di sekitar jeti. Kalau anda berkunjung ke sini
anda boleh berikan roti dan akan akan dapat lihat ikan-ikan berkerumun 
mendekati anda. Anda jangan terkejut kalau ikan tersebut mengigit-gigit
jari anda. Memang seronok.


Ikan-ikan yang melompat dalam berkumpulan ini adalah pandangan biasa di sini.
Tetapi agak susah nak meneka di mana ia akan muncul, sebab ia akan
menjelma secara tiba-tiba.


Di pulau ini juga merupa tempat tumpuan para penyelam. Kebanyakan resort
di Pulau Redang akan membawa pelancong ke sini untuk aktiviti
'snorkeling dan juga scuba'

Ini adalah kubur lama. Ia adalah kubur penduduk asal pulau ini.

'Kapal tenggelam' adalah merupakan satu lagi tarikan di sini. kalau
anda merupakan penyelam ini adalah salah satu tempat yang patut anda 
kunjungi. Tetapi ada masa-masanya arus bawah air 
di kawasan ini agak deras.


Tupai, burung, biawak adalah antara binatang yang terdapat di sekitar pulau ini. 
kalau anda bernasib baik, anda boleh merakamkan aksi binatang-binatang ini.


Jangan lupa masukan ini dalam jadual percutian anda
jika anda berhasrat berkunjung ke Terengganu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads