13 di pulau redang - Google Blog Search |
SETIU HARI INI: BSN buka Pusat Perkhidmatan Baru <b>di Pulau Redang</b> Posted: 02 Mar 2012 02:00 AM PST PULAU REDANG – Bank Simpanan Nasional Terengganu telah membuka Pusat Perkhidmatan Desa di Pulau Redang, Kuala Terengganu bagi kemudahan penduduk di pulau tersebut dan pulau-pulau berdekatan. Ahli Parlimen Setiu, Dato' Haji Mohd Jidin Shafee telah diberi penghormatan merasmikan pusat berkenaan bertempat di sebuah kedai runcit di sini pada 28 Februari 2012. Ketua Operasi BSN negeri Terengganu, Jamsari Mohd Noor berkata, "mulai hari ini, semua penduduk dan pelancong luar boleh berurusan terus tanpa keluar dari pulau ini, untuk berurusan dengan BSN." "Kemudahan yang disediakan pada masa ini, ialah menyimpan, memindah wang dan mengeluar wang tidak lebih RM500.00 sehari. Pusat Perkhidmatan ini dibuka sepanjang masa bermula jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam." tambahnya lagi. "Selain kemudahan simpanan dan pengeluraran wang, pusat ini disediakan juga untuk pembayaran bil-bil TNB, STM, handphone dan bil air SATU". jelasnya lagi. Pengerusi JKKK Pulau Redang, Haji Ladin Awang melahirkan rasa bersyukur di atas kemudahan disediakan oleh BSN. Orang kampung perlu ucapkan terima kasih, kerana tidak perlu lagi ke daratan sebagaimana sebelum ini. Begitu juga bayaran bil-bil elektrik dan air walaupun ada disediakan di sini oleh individu, tetapi caj yang dikenakan agak tinggi sedikit, sekitar RM2.00 bagi setiap bil.
|
You are subscribed to email updates from di pulau redang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan