Selasa, 10 April 2012

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


..Bila ku kata cinta..: Destinasi cuti <b>di Pulau Perhentian</b> 1

Posted: 19 Mar 2012 07:48 PM PDT

Tiba-tiba! Itu sahaja kesimpulan yang dapat aku katakan pada percutian ini. Yang caca marba dan kelam kabutnya itu. Usah nak bercerita bagai kat entri ini... So, focus pada Laporan Lawatan Sambil Belajar makcik D ni ke Pulau Perhentian *...hehehe...


dipendekkan cerita...kisah kami bermula begini

Shah Alam - Jeti Kuala Besut : RM43 seorang
setelah dicampur tolak..kami akhirnya mengambil keputusan untuk naik bas sahaja. Kami bertolak pukul 830 malam dari Shah Alam dengan menaiki bas Mahligai. For your info, hanya ada dua bas sahaja yang akan straight ke Kuala Besut (Jetty) - Bas Mahligai dan Bas Trans Rengit.
Dek kerana bas ni akan berhenti kat beberapa tempat untuk ambil penumpang - maka, perjalanan agaaaak mengambil masa.. Dan masa-masa itu adalah begitu 'mencemaskan' bila pundi dah tak mampu bertahan. Perut pulak bergendang sayang mintak di isi. 'Makcik, aku lapar!'
Serius ! Aku terrrlupa sangat-sangat. Mana ada R&R. Mati-mati aku tolak pelawaan mak mertua aku untuk makan nasi sebelum naik bas.. Konfiden jek aku jawab.." takpe..nanti kami makan kat R&R.." Aku lupe la.. Aku bukan balik Johor.. Ayoo...
Nasib baik ada biskut cekelat yang sempat aku rembat kat kedai sebelum naik bas. Dapat jugaklah buat alas perut... Adooiii...
Kenapa kami naik bas? Ini alasan konkrit bagi aku :
  1. perjalanan jauh - 12 jam kot. so, untuk agak memenatkan jika hanya seorang sahaja yang terpaksa drive dari S.alam - Kuala Besut. Kalau pergi beramai-ramai..boleh lah tukar2 drive.. Ni sorang je pilot nya.. Kata hubby aku : Seronok apa vacation, bila badan dah penat drive seharian? Lebih baik naik bas..boleh rileks...tidur lama-lama. Sampai kat destinasi, badan tak letih, boleh enjoy the travel.."
  2. confirm lagi sahih ! kedua-dua kami tak tahu dan tak pernah ke terengganu/kelantan... So, nak drive? Mau sesat kemana-mana. Payah pulak nak bertanya orang sepanjang perjalanan..hehe.. 
Kami sampai awal sangat, lebih kurang 620am di K. Besut Jetty..  Usai menunaikan solat Subuh, kami duk melepak kat satu kedai ni (rasa-rasanya kedai mamak  ni je yang dah bukak*). Breakfast sikit-sikit sementara menunggu my mischievous sisters sampai....
bagi yang travel tanpa pakej macam kami ni..korang tak perlu rasa risau takut tak dapat boat. Sebab ada saja cik abang yang memang akan approach korang utk naik boat service mereka. dan orang macam aku - memang sangat pantang didesak-desak. lagi orang push, lagi aku buat muka seposen. Tak suke!
mischiveous sisters aku sampai, betol-betol selepas aku decided satu company boat ni... 
* Tips: Korang boleh tawar menawar harga tau? pepandai lah korang ayat-ayat cinta sama itu bapak-bapak...hehe
Harga Tiket Kuala Besut Jeti ke Pulau Perhentian Besar 
Total : RM70 pergi dan balik utk seorang
* Tips : Nasihat aku..cari pengusaha boat yang ada office & proper sikit macam company kat atas ni. Jangan main terima janji dengan orang perseorangan yang offer services kat tepi jalan. Bukan aku nak kata yang takde office tu tak boleh percaya.. Tapi..entahlah... Ini nasihat orang situ kat kami. Kami accept jelah#
* Tips: Kalau naik boat PERGI - bagi TIKET PERGI SAHAJA kat pengusaha boat tu. TIKET BALIK korang sendiri simpan ! Jangan sesekali bagi kedua-duanya. Ada kes, sekumpulan mat salleh kena kelentong. * Kesian diorang. Dahlah kena maki..kena bayar lain pulak tu..
Teruja ! tu lah perasaan aku yang boleh aku conclude masa tu. Tangan memang cengkam kuat kat handle bot tu. Dayah memang excited tapi  menjerit-jerit bila bot melambung tinggi bila langgar ombak. Teha pulak buat muka tak de perasaan konon enjoying the view. Hubby aku duduk kat belakang sekali, sebelah driver, hahaha.. dah macam kedi golf pun ada bak kata Teha sebab dia pass life jacket kat kitorang. tapi experience naik speed boat memang superb ! Even, this is not my first experience... Ke'excited'an aku terserlah... Kalah budak-budak bawah umur..Hahaha
* Tips : Naik speedboat ni gaya dia macam naik kuda pulak - yang lebih parah bila alas duduk korang tu dah tak rupa kusyen. Langsung takde daya mengerap hentakan punggung. So, apa yang korang perlu lakukan. Jangan keraskan tubuh badan. Lembutkan badan korang macam orang menari ballet..hehe.. Percayalah, makin keras tubuh korang..makin sakit pinggang dan tulang belakang. Terutama untuk makcik-makcik macam aku ni..hehe

Perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Besar mengambil masa  kira-kira 45 minit. 
Klik SINI Untuk Baca Lagi Tentang  Bercuti di Pulau Perhentian
 < Sedikit panduan buat korang yang tercari-cari info cuti-cuti ke Pulau Perhentian,totally tanpa pakej agen perlancongan. Percayalah. Ia lebih berbaloi-baloi...>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads