13 di pulau kapas - Google Blog Search |
5 <b>Pulau</b> Menarik di Terengganu | Dapur Malaysia Posted: 26 Feb 2011 03:55 AM PST Menurut website Tourism Terengganu, terdapat 7 buah pulau yang menjadi tarikan pelancong di Terengganu. Antaranya ialah Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Gemia, Tenggol, Lang Tengah dan Rhu Hentian. Pulau Redang Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Kawasan Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman laut dan antara yang terbaik di Malaysia. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Merang di daerah Setiu. Foto: Nasey Pulau Perhentian Terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur. Boleh diakses melalui jeti Kuala Besut. Foto: CW Ye Pulau Kapas Pulau Kapas merupakan tempat menarik untuk berenang, bermain kayak, snokerling, diving dan wind surfing. Untuk ke pulau ini hanya mengambil masa selama 10-30 minit dari jeti Marang. Foto: Nur Ilahi Pulau Gemia Pulau Gemia, sebuah pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Kapas. Pulau ini baru mendapat tempat dalam industri pelancongan di Malaysia. Setiap tahun, pulau ini akan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Foto: Zahir Mansor Pulau Tenggol Pulau Tenggol menjadi syurga buat penggemar aktiviti menyelam kerana keindahannya. Terletak kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Dungun. Foto: copycatz |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan