Jumaat, 13 April 2012

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


.sizzuka stories.: HINEX XII | day 2

Posted: 13 Apr 2012 12:20 AM PDT

sambungan hari kedua HINEX camp di Pulau Bidong , Terengganu .
HARI KEDUA : 08 APRIL 2012 . 
bangun seawal pagi , menunaikan solat Subuh dan bersiap-siap untuk pendaftaran di UMT . masa pendaftaran , terserempak pulak dengan peserta dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai , Johor . haha , terujaa tak hengat laa aku kan , sebab dorang datang dari Johor . rindu Johor ! tapi , tak semua pun pure Johor , dorang dari Selangor , Kuantan , KL , Sabah . haha , boleh laa , kan (: sepanjang empat hari tuh , kami jadi rapat sangat . dorang memang best ! 
selepas selesai pendaftaran .
masa nie pun semua barang dah siap masuk dalam bas . 
tinggal nak naik bas dan bertolak .
cuaca tak berapa baik . mendung sepanjang hari .
bertolak ke Jeti Marang .
tiba di Jeti Marang , hujan sangat lebat .
turun jugak beramai-ramai dan pindah barang keluar bas .
kemudian pindah pulak barang-barang ke dalam bot .
hujan renyai-renyai . semua berhati-hati .
dalam bot , menuju ke Pulau Bidong . perjalanan mengambil masa 45 hingga 50 minit . meredah ombak ganas , hujan yang sangat lebat dan angin kuat . bot pun lajuuu je . yang kat belakang habis basah kuyup , barang-barang pun sama . tiga bot diperlukan untuk ke sana , satu bot besar yang memuatkan barang-barang seperti sayur-sayuran dan makanan , bersama-sama meredah lautan . nasib baik umur masih lagi panjang .. alhamdullilah . ada yang muntah ^^ sebab mabuk laut .
tiba di Pulau Bidong jam 11 pagi .
hujan dah berhenti . tapi cuaca masih lagi mendung .
masa untuk memunggah keluar barang-barang dari bot ke daratan pulak .
banyak masa diperlukan untuk pindah barang ke sana sini sahaja (:
makan tengahari , pasang khemah .
hujan turun dengan lebat .
aktivit pertama dimulakan , iaitu water confident .
semua kena berenang ke arah bot yang berada agak jauh dari daratan .
berenang sampai kat bot , then naik bot .
rehat dalam lima minit , 
dan terjun dari bot berpasangan , dan kemudian kembali semula ke daratan .
berenang dalam keadaan hujan lebat .
bayangkan , bagaimana agaknyaa keadaan semua masa tu ?
tapi faci banyak and jurulatih professional pun ramai .
sampai daratan , menggigil tak hengat .
tangan aku luka-luka , and gatal-gatal .
bertuah . sebab apa ? sebab semua prihatin .
malam : sesi Ice Breaking .
semua berpecah . tak duduk dengan universiti / poli masing-masing .
new interaction . aku dapat krew dua .
best sangat ! semuanye senior dalam KLKM .

❤ Thanks For Reading Mine ❤

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads