Isnin, 9 April 2012

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


explore terengganu: Sejenak <b>di Kuala Besut</b>

Posted: 08 Apr 2012 07:11 AM PDT

Kuala Besut merupakan salah satu pelabuhan perikanan yang terletak di utara Terengganu. 
Di sini jugalah tempat menjadi tumpuan pelancong yang berhasrat untuk ke Pulau Perhentian. 
Pekan ini masih mengekalkan bangunan-bangunan lama persis tak ubah seperti 
bandar Marang pada suatu ketika dahulu.


Tidak salah kalau dikatakan pekan ini bolehlah dibandingkan seumpama 
bandar cowboy pada cerita-cerita filem Hollywood. Apa yang menarik pada bangunan 
di sini ialah 'warnanya'... striking! Memang menarik untuk sesiapa 
yang meminati fotografi. 










Namun begitu saya yakin bangunan lama ini akan dirobohkan juga pada satu masa nanti, 
cuma masanya belum sampai. Bandar Marang telah membuktikannya. Sebab itu saya 
luangkan juga masa walaupun sekejap ketika balik dari Kota Bharu untuk 
mengabadikannya sebagai satu bahan sejarah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads