Ahad, 29 April 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


UzairOthman.com » Nuffnang Trip To Awana <b>Kijal</b> – Day 3

Posted: 27 Apr 2012 09:03 PM PDT

Hari ketiga :

Pagi terakhir di Awana Kijal ,Terengganu uzair turus dengan bersiap-siap untuk pulang. segala beg semuanya telah dikemaskan dan hanya tunggu masa untuk menaiki bas untuk pulang ke KL. Tapi sebelum itu, saya sempat turun ke Restoran Kampung di Awana Kijal ini untuk bersarapan pagi. Saya telah memilih Nasi Minyak sebagai menu sarapan saya. Masakan ala kampung dan pantai timur ini sangat menarik minat uzair untuk mencuba kerana ia merupakan tradisi makanan kampung di Majlis perkahwinan. Selepas makan, kami dibawa untuk meronda-ronda disekitar Awana Kijal oleh Pn.Suriati iaitu salah seorang orang yang penting di Awana Kijal ini sebagai tour guide kami.

Di Awana Kijal ini terdapat pelbagai jenis bilik dan anda boleh melihat jenis bilik dan kadar harganya di laman rasmi Awana Kijal di (klik  ini) …

 yang ini adalah bilik Primier Room

 Di hadapannya terdapat permandangan gelanggan tennis.

yang ini adalah  Primier Suite dan ia sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin. kadar harga bilik ini adalah dari Rm 776 hingga R m941 mengikut masa tertentu.

 kami juga dibawa ke bilik Duplex dimana ianya terdapat permandangan pantai  Kijal yang indah. kadar Bilik ini  adalah RM 1274 hingga Rm 1545 dan harga mengikut masa tertentu.

 suasana Hotel 5 bintang ini pastinya memberikan keselesaan percutian anda.

Tahukah anda? Meja yang mempunyai 6 kerusi ini terdapat di salah satu bilik VIP di Awana Kijal ini. Diantara vip yang pernah tinggal di bilik ini adalah seperti Perdana menteri, Paklah dan Dr.M…

Setelah itu kami dibawa ke Spa di Awana Kijal iatu Taman Sari, Royal Heritage Spa. Jika anda nak tau apa yang menarik dekat spa sini..anda boleh lihat di laman web mereka di (klik sini)

Puas berjalan di dalam Awana kijal, kami pun bergerak pulang ke KL.. di dalam perjalanan kami, kami sempat singgat di beberapa buah kedai di Jalan Kijal untuk membeli lemang. Lemang disini semamngnya murah dan ianya serendah Rm 3.. Lemang Kijal sememangnya terkenal di sekitar Kemaman dan menjadi tumpuan pelancong yang datang kesini.

 sedapnya tengok lemang nihhhh

 makcik gerai n0.18 ni lah menjadi tumpuan kami kerana agak peramah makcik ni.

 inilah gambar di sekitar perjalanan pulang kami.. gerai lemang ini terletak di Jalan kijal menghala ke kemaman.

setelah tiba di bandar kemaman, kami singgah di Hai peng iaitu sebuah kopitiam yang terkenal di kemaman. gerai ini juga turut mengeluarkan produk minuman kopi. saya sempat mencuba kopi ais dan roti bakar. selain itu, saya juga sempat makan nasi lemak disini. kedai ini halal dan ramai masyarakat sekitar makan disini.

habis penuh kedai ini apabila dipenuhi geng-geng nuffnang trip..semuanya excited nak merasa makanan disini kerana makanan disini sedap – sedap dan keistimewaan kopinya membuatkan beberapa rakan blogger turut membeli serbuk kopi yang dijual disini.

 setelah makan tengahhari, kami pun menaiki dan meneruskan perjalanan pulang, dan sekali lagi kami singgah disebuah kedai untuk merasai satar goreng. Ini merupakan kali pertama saya mencuba satar goreng dan rasanya sangat pedas dan sedap.

 di gerai inilah saya memilih beberapa produk makanan untuk dibawa pulang ke rumah

 ketika melalui jalan pulang, kami sempat singgah di kuantan untuk ke kedai SIN kee Hung iaitu sebuah kedai ikan masin yang terkenal di kuantan.

 gambar dibawah ini susah saya nak explain..rasanya macam mulut ikan jerung..hehehe

 untuk mencuba, saya telah pun membeli ikan tenggiri masin untuk dijadikan buah tangan kepada keluarga saya

jam 8 malam saya tiba di wisma genting dan terus pulang ke rumah, begitulah Nuffnang Trip to Awana Kijal yang saya sertai . Terima Kasih kepada Nuffnang, Genting dan Awana Kijal kerana telah memberikan saya peluang untuk bercuti disana ..Terima Kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads