Sabtu, 14 April 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Rabiatul Adawiyah | Love in a blog!I need vacation so badly! Jom ke <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 02:21 PM PDT

Hello, pagi yang nyaman sebegini, datang pula mood untuk blog berkenaan peraduan yang dijalankan oleh pihak Nuffnang dan Genting. Siapa la tidak mahu bercuti dan percuma pula tu. :p

Alhamdulillah jika terpilih dan jika tidak terpilih mungkin bukan rezeki saya. Tetapi saya nak juga cuba, selain untuk peraduan ia juga untuk berkongsi bersama pembaca blog saya yang comel-comel di luar sana. Dah lama rasanya tidak kongsikan kisah kehidupan peribadi saya. Hehehe.

Okay, berbalik kepada peraduan 3D2N stay at Awana Kijal. Saya perlu memberi jawapan untuk soalan ini " tell us why do you need the vacation so badly?". Bagi anda yang sememangnya stress dengan kerja atau apa sahaja aktiviti anda pastinya mudah untuk menjawwab soalan ini. Cakap orang stress, tetapi saya lagi 4x ganda stress tau. Hahaha!

Izinkan saya menjawab soalan ini di dalam bahasa melayu. Harap-harap pihak Nuffnang dan Genting faham penulisan saya. Hehehe.

Saya sememangnya menginginkan percutian yang nyaman dan segar seperti lokasi di tepi laut di Genting Awana Kijal, Terengganu. Tempat yang jauh dari hiruk pikuk bandar Kuala Lumpur. Saya merupakan seorang blogger yang melakukan pelbagai kerja bukan kerana keperluan mendapatkan wang, tetapi impian ingin memiliki kehidupan bebas berbelanja. Hehehe. Saya melakukan perniagaan kecantikan, perniagaan gudang simpanan pelajar di Warehouzs dan merupakan pemilik untuk syarikat terkini saya iaitu RAZ Creative. Walaupun kesemua ini dianggap mudah, tetapi plan bisnes serta pemasaran perlu difikirkan bagi menjana pendapatan yang sewajarnya. Bersama rakan-rakan perniagaan yang lain, memikirkan target dan goal sememangnya memeningkan kepala dan ada kalanya saya lenguh-lenguh dibahagian bahu. Kalau dah lenguh-lenguh bahu leher itu tandanya baakal mendapat darah tinggi dan hypertension! Saya tidak mahu penyakit itu berada dalam diri saya. Jadi itulah penyebab kenapa saya ingin bercuti ke Genting Awana Kijal, Terengganu sangat-sangat atau di dalam bahasa inggeris-nya So Badly!

awana_kijal

3 Hari 2 Malam memang best, bayangkan saya berenang di swimming pool, diurut di Spa menggunakan aromaterapi yang menyeegarkan dan menikmati keselesaan di resort bertaraf 5 bintang! Lagi satu, tak payah tunggu lemang pada waktu raya, di Awana Kijal terdapat lemang popular iaitu "Kijal Lemang". Pasti lazat! Pergggghhh! Luar Biasa!

Kalau anda ingin tahu lebih butiran berkenaan Genting Awana Kijal, Terengganu. Cekidout website Genting Awana Kijal dan jika anda ingin menyertai saya ke Awana Kijal (macam la saya terpilih. hahahaha! :p ) klik nuffnang awana kijal link tu ye.

xoxo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads