13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
PAS Terengganu Ajak Rakyat Berhimpun Bantah Rampasan Tanah Posted: 05 Apr 2012 01:13 AM PDT KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk turun beramai-ramai bagi menyertai Himpunan Penyerahan Memorandum Isu Tanah negeri Terengganu pada 24 April di hadapan Wisma Darul Iman, di sini.
"Isu-isu rampasan tanah rakyat yang membabitkan pembinaan kolam udang dan jelapang padi di Setiu, kes rampasan tanah Kampung Banggol Donas, rampasan tanah generasi kedua Felda di Ketengah Jaya dan tanah Sekolah rendah Islam Darul Bayan yang dirampas 5 JKKK, "pelbagai kaedah telah diambil termasuk perbincangan, perundingan, usaha menyerahkan memorandum telah gagal,"katanya dalam sidang media tergempar yang diadakan di pejabat BPPNT Jalan Sultan Omar, tengahari Khamis 5 April. Beliau turut memaklumkan satu demonstrasi menyokong gerakan mahasiswa berkaitan kes penamatan pinjaman 9 pelajar Mesir akan di adakan dihadapan Yayasan Terengganu (YT) sekiranya keputusan Lembaga Pengarah YT tidak berganjak . Ustaz Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menyatakan PAS Terengganu menyokong sepenuhnya Himpunan Aman BERSIH 3.0 yang akan diadakan di dataran Meredaka pada 28 April. Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah PegarahJabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah. Komen: |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan