Selamat sejahtera rakan2 sekalian..
Jerangau Merah ini sukar untuk ditemui kerana ianya berpenunggu.
Jerangau ini terdiri daripada 2 jenis :
1. Jerangau Putih
2. Jerangau Merah
i. Anti Rasa – Cili dimakan tidak pedas, garam dimakan tidak masin.
ii. Penawar Racun / Anti Buatan Orang- Buktinya : Ikan dimasukkan dlm air bersama racun rumpai, dibiarkan beberapa minit,ikan tidak matidan kekal hidup.
– Apa2 buatan orang spt menyimpan racun dalam cawan, cawan akan pecah. Ini merupakan pelindung diri.
3. Jerangau Merah (Tunggal)
Ini merupakan jerangau yang tiada bandingan dari jerangau2 diatas kerana melalui mimpi dan nasib saja kita akan bertemu dan terjumpa jerangau tunggal. Ini tidak berkelompok spt jerangau lain tetapi hanya satu saja tidak hiudp bersama jerangau yg lainnya.
Simpan saja di dompet, digantung di pintu rumah. Kalau bagi yg dianiayai, mungkin ditanam dibawah rumah atau di mana2 tempat, rendamkan air ini selama mana yg mungkin, nescaya anda akan diberi petanda mahupun mimpi sekiranya terdapat kejadian spt ini berlaku. Spt saya, bbrp hr ini saya dan pak cik saya merendam jerangau ini tujuan menguji sama ada ianya anti rasa, tetapi selepas mandi, saya masuk ke bilik dan nak tutup sliding window ttp sukar nak tutup, rupa-rupanya ada sebotol minyak hitam diselitkan di situ dan kelihatannya agak lama. Mengapa skrg baru muncul sdgkan saya setiap hari mengemas? Dan botol itu telah kami buang dgn doa sendiri bagi mengelakkan perkara yg tak diingini berlaku apatah lagi belum tahu apakah tujuan botol itu berada dibilik saya. Mlm itu jg saya bermimpi yg banjir melanda, kelihatan seekor ular tedung hitam bergulung dan menjalar di bawah sinki dapur dimana tpt kami menuangkan air rendaman jerangau tunggal. Setelah ditafsirkan, ad yg berniat jahat dan menutup pintu rezeki buat saya serta membuatkan suami membenci pada saya. Saya dpt rasakan kelainan itu selama ini tp atas dasar agama, saya bersabar dan berdoa dan akhirnya segalanya terbongkar pada hari itu. Sekarang saya sedang beriktiar utk berubat tradisional utk memulangkan semuanya semula pada pengirimnya.
Inilah salah satu kisah yang blh saya kongsikan bersama kalian kerana pak cik saya merupakan seorang pencari gaharu serta hidupan hutan spt ini di Borneo. Bukan mainan dan jgn dicabar benda spt ini. Maafkan saya sekiranya saya terkasar bahasa atau menyinggung pihak2 disini, ternyata dan benar kita perlu kongsikan bersama utk pengetahuan smua.
Semoga ini akan dijadikan iktibar serta teladan buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan