Sabtu, 21 April 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


MAJLIS BELIA DAERAH <b>HULU TERENGGANU</b>: SIDANG MEDIA <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 06:40 PM PDT

Kuala Lumpur 2 April 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan
kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya. Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri.
Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.
Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.
Sejurus selesai menjawab pertanyaan Dewan Rakyat, satu sidang media diadakan di lobi Dewan Rakyat bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen.
Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.
Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.
Disediakan oleh : (Sekretariat HBN 2012)
http://www.hbn.gov.my/index.php/berita-hbn-2012/37-berita-hbn-2012/155-gegaran-hbn-2012-menemui-belia-di-sgwang-plaza-kl.html

MAJLIS BELIA DAERAH <b>HULU TERENGGANU</b>: Belia Hulu <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 07:53 PM PDT


BELIA SABAH CENDERUNG SERTAI SKUAD MUDA RELA
Oleh : Sempini Langiton ( Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah)

KOTA KINABALU, 26 Mac 2012 - Peningkatan golongan belia menyertai Skuad Muda Rela  di Sabah kini semakin menggalakkan dengan penambahan jumlah  kursus kepada golongan muda di negeri ini.

Timbalan Ketua  Setiausaha (Pengurusan ), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Bin Salleh berkata, "daripada jumlah keseluruhan 8776 anggota Skuad Muda Rela Malaysia, sebanyak 25 peratus atau 2275 orang adalah berasal dari negeri Sabah".

Berikutan itu, jumlah siri kursus di negeri ini ditambah daripada empat kali setahun kepada enam kali setahun sementara jumlah penyertaan anggota baru di penganjuran kali ini telah melebihi sasaran yang ditetapkan seramai 191 orang daripada 180 kuota.

"Sasaran untuk meningkatkan jumlah ahli Skuad Muda Rela di Sabah sudah berjaya dicapai dengan cemerlang, malah sasaran di peringkat nasional juga berjalan dengan baik apabila lebih 5,000 ahli skuad itu berjaya dikumpulkan pada tahun lalu,"  katanya.

Datuk Jamil berkata demikian sempena Majlis Penutupan Latihan Asas Skuad Muda Rela peringkat Negeri Sabah di Pusat Latihan Rela Sabah yang melibatkan 191 anggota terdiri daripada 140 relawan dan 51 orang relawati.

Mengulas lanjut, selain mendaftar sebagai ahli RELA dan menyumbang tenaga untuk Negara dalam aktiviti kesukarelaan dan membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan, penglibatan Skuad Muda Rela adalah penting bagi menjaga ketenteraman awam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Hj Mohd Dahali Bin Hj  Matsin dan Timbalan Pengarah Rela Sabah, Kolonel (RELA) Najib Bin Gutak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads