Khamis, 19 April 2012

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Sembilan PATI Ditahan Dalam Ops 6P

Posted: 14 Apr 2012 03:47 AM PDT

KUANTAN – Jabatan Imigresen Pahang menahan sembilan lelaki warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta memiliki permit kerja tamat tempoh dalam satu operasi terhadap pendatang tanpa izin, awal pagi ini.

Dalam Ops 6P bermula pukul 2 pagi hingga 5 pagi itu, seramai 57 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tinggal di Kampung Selamat dekat Pelabuhan Kuantan di sini, diperiksa penguatkuasa Jabatan Imigresen Pahang.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Nasir Osman berkata, semua pendatang yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun dan bekerja di Pelabuhan Kuantan.

"Hasil pemeriksan tersebut pihaknya berjaya mengesan sembilan lelaki warga asing kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta memiliki dokumen tamat tempoh," katanya di sini hari ini.

Operasi terbabit yang disertai 57 anggota diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Rozi Ghazali turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata, semua pendatang asing tanpa izin terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut.

"Semua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 6 (3) dan Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 sebelum dihantar ke Depo Tahanan Imigresen di Ajil, Hulu Terengganu," katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads