Rabu, 14 Mac 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


100 Tahun Memertabatkan Islam <b>di Negeri Terengganu</b>

Posted: 02 Jan 2012 11:17 AM PST

'Hairan bin Ajaib' apabila  pemimpin Umno, khususnya pemimpin Umno negeri Terengganu tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam.

Samada pemimpin-pemimpin Umno jahil atau sengaja mahu menolak undang-undang Islam, kerana sesungguhnya undang-undang Islam telah wujud dan dilaksanakan di negeri Terengganu sejak tahun 1303 Masehi/ 702 Hijrah.

Dan sedarlah kita semua bahawa, apa pun diberikan nama undang-undang itu, samada undang-undang Batu Bersurat atau Undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk, atau Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, semuanya adalah berdasarkan undang-undang Islam yang mesti kita, sebagai orang-orang Islam menerima dan melaksanakannya.


Tuduhan Hudud PAS bukan Hudud Islam, yang digunakan oleh Umno serta konco-konconya tidak benar samasekali, kerana sejarah telah membuktikan, hukuman Hudud yang serupa pernah tercatat diatas Batu Bersurat dan pada Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk.

Negeri Terengganu Paling Awal Laksanakan Undang-undang Islam

Negeri Terengganu ialah diantara negeri yang terawal menerima dan melaksanakannya undang-undang Islam berdasarkan Batu bersurat telah dijumpai pada tahun di Hulu Terengganu.

Batu Bersurat ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Namun, teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua"

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303

Undang-undang Islam Batu Bersurat

Ianya sebagai satu bukti undang-undang Islam telah dilaksanakan di Terengganu.

Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran

Pada batu bersurat tersebut jelas menyatakan antaranya hukuman zina, seratus rotan bagi bujang dan rejam bagi yang dah berkahwin (22 Februari 1303)

Batu tersebut menggariskan beberapa hukum-hukum syariat yang diguna pakai. Tiga butiran undang-undang telah hilang bersama bahagian Batu yang tidak dapat dikesan. Peraturan yang keempat ialah berkaitan hutang-piutang. Peraturan kelima dan keenam tidak dapat dipastikan kerana sebahagian hurufnya telah hilang.  Cuma ia dapat dipastikan masih berkaitan muamalat.

Peraturan yang jelas terpelihara dan dapat dibaca dengan baik ialah berkaitan zina, seperti berikut[16]:

"Orang berbuat bala cara laki laki perempuan setitah Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu Seratus ratun jika merdeka beristeri Atawa perempuan bersuami ditanam hingga ka Pinggang di hambalang dengan batu dimatikan.

Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama tarikh yang terpahat pada batu bersurat tersebut iaitu 1303M. Tarikh ini adalah mendahului pengislaman Sultan Melaka iaitu sekitar 1404M selama seratus tahun. Ini bermakna dalam konteks sejarah tanah Melayu, sistem pemerintahan Islam telah lama berdiri di Kuala Berang jauh sebelum berdirinya sebuah kerajaan beragama Islam di Melaka. Tarikh ini sebenarnya tidak begitu menonjol kerana pada waktu yang sama berdiri sebuah Kerajaan beragama Islam di Samudera Pasai dengan Islamnya raja Meurah Silu

Ia juga membuktikan undang-undang Islam telah diistiharkan sebagai Undang-undang negeri.

>>>Baca lagi dari sumber>>>

Komen:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads