Akhirnya pemilik syarikat bas Sani Express iaitu Datuk Sani telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Datin Fatimah Dalilah. Majlis perkahwinan ini dilangsungkan secara mewah di Majlis perkahwinan yang meriah tersebut diadakan di Ri-Yaz Heritage/Marina Resort and Spa, Pulau Duyong dan layak dikategorikan sebagai fairy tale wedding.
Hantaran perkahwinan berupa cek bernilai RM100,000 dan sebuah Mercedes Benz CLK. Kemungkinan besar mereka akan berbulan madu di Paris yang terkenal sebagai kota cinta. Semoga bahagia ke anak cucu, amein.
Sila lawati link berikut untuk melihat lebih banyak gambar – klik sini
KUALA TERENGGANU: Majlis pernikahan usahawan bas berjaya, Datuk Wan Mohamad Sani Salleh, 34, dengan Fatimah Dalilah Omar, 30, di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, di sini, semalam meriah dengan konvoi lebih 10 kereta mewah termasuk Ferrari dan Lamborghini.
Kehadiran konvoi berkenaan di pekarangan masjid itu dinantikan penduduk kampung yang menunggu seawal jam 9 pagi di kiri kanan jalan bagi melihat lebih dekat pasangan pengantin selain tidak melepaskan peluang merakamkan konvoi berkenaan.
Air mata kesyukuran mengiringi Pengarah Urusan Kumpulan Sani United Sdn Bhd itu sebaik selesai melafazkan nikah tiga kali yang diakadkan bapa pengantin perempuan, Omar Endut tepat jam 11.30 pagi, dengan disaksikan jurunikah Ustaz Mohd Shukri Harun, imam Masjid Batu Buruk, di sini.
"Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan tidak menafikan sedikit gementar ketika berhadapan situasi itu," katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.
Majlis yang turut dihadiri kira-kira 150 jemputan termasuk keluarga dan saudara-mara serta sahabat handai pasangan pengantin.
Konvoi mengiringi pasangan pengantin bermula dari Ri-Yaz Heritage/Marina Resort and Spa, Pulau Duyung, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi dan tiba di perkarangan masjid jam 11 pagi.
Pihak pengantin lelaki menyediakan 13 dulang hantaran termasuk cek bernilai RM100,000 dan sebuah Mercedes Benz CLK manakala hantaran balas pihak perempuan 15 dulang.
Mengenai destinasi bulan madu, Wan Mohamad Sani, berkata beliau belum memikirkan perkara itu bagaimanapun tidak menafikan destinasi pilihan isteri, Paris.
"Paris kota cinta," kata Datin Fatimah Dalilah ketika ditanya kenapa negara itu menjadi pilihan dia dan suami untuk berbulan madu.
Majlis persandingan mempelai itu sebelah malam di Cindai Ballroom, Ri-Yaz Heritage/Marina Resort and Spa membabitkan hampir 1,000 jemputan.
Terdahulu, jamuan membabitkan jemputan penduduk kampung dan saudara mara diadakan di tempat sama sebaik majlis akad nikah selesai sebelum berakhir jam 3 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan