Khamis, 15 Mac 2012

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


4 Melecur Akibat Belon Besar Meletup <b>Di Jerteh</b> Souq

Posted: 05 Jan 2012 08:06 PM PST

BESUT – Empat lelaki melecur hampir seluruh badan apabila sebiji belon besar pecah dan terbakar di tapak Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Jerteh Souq di sini pada malam kelmarin.

Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Kontraktor di tapak karnival terbabit, Kenny Soo, berkata tiga mangsa adalah pekerjanya iaitu Mohamad Hanif, 17, Yap Chi Keong, 30 dan seorang lagi dikenali sebagai Kalidasan, 23, serta penduduk tempatan Mohd Nor Jusoh, 55, dari Kampung Lampu, Kuala Besut yang kebetulan berada di tempat kejadian ketika belon itu pecah.

Kejadian berlaku pada jam 9.15 malam ketika Kalidasan dan Mohamad Hanif sedang mengisi gas ke dalam belon itu manakala Yap dan Mohd Nor, melihat kerja mengisi gas hidrogen dilakukan apabila tiba-tiba belon itu meletup.

"Kesemua mangsa melecur teruk hampir seluruh badan dan kepala apabila percikan api menyambar mereka," kata Soo ketika ditemui di sini malam tadi.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke HUSM. Mereka dipercayai dalam keadaan stabil.

Soo berkata, kejadian berlaku dengan cepat dan beliau tidak dapat memastikan punca belon itu meletup.

Katanya, kesemua pekerjanya itu berasal dari Kuala Lumpur sedang melakukan persiapan akhir di tapak karnival tersebut yang bermula hari ini dan berakhir pada Ahad.

Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau ternampak api daripada belon itu dan kemudian melihat keempat-empat mangsa yang sedang terbakar berlari sambil menjerit meminta tolong dan dibantu orang ramai yang berada di situ. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads