Isnin, 26 Mac 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Projek <b>Besut</b> Barrage - KETARA

Posted: 17 Sep 2010 04:03 AM PDT

Latar Belakang Projek

Empangan Jajar Sg.Besut atau dikenali juga 'Besut Barrage' yang sedia ada terletak lebih kurang 26 km ke hulu muara Sg. Besut. Struktur ini dibina pada tahun 1975 dan masih digunakan sehingga hari ini dengan tujuan untuk mengalirkan air dari Sg.Besut ke taliair untuk pengairan tanaman padi di kawasan KETARA ketika itu.

'Besut Barrage' terdiri struktur konkrik bertulang dan dipasang dengan empat(4) pintu berkembar berukuran 12.2m lebar dan 6.1m tinggi dan beroperasi secara mekanikal dengan kawalan dari rumah yang terletak berhampiran dengan 'barrage'. Dataran banjir (floodplain) semulajadi di tebing kiri 'barrage' berfungsi secara alurlimph (auxillary spillway ) ketika musim banjir.

Kajian perunding yang dilaksanakan pada tahun 1988 telah mengesyorkan bagi mengurangkan masalah ini supaya kesannya dapat dikurangkan sehingga kepada sekali dalam 20 tahun ialah dengan membina semula 'Besut Barrage' yang baru.

Sistem mekanikal dan elekrikal termasuk pintu-pintu dan 'system hoist' di Besut Barrage telah beroperasi selama 30 tahun yang lalu dan kebanyakan komponen-komponen pintu air telah mencapai jangka hayat ekonomiknya. Acapkali berlakunya kejadaian kegagalan sebahagian komponen-komponen mekanikal dan elektrikal tidak berfungsi akibatnya banyak memberi masalah bekalan air semenjak beberapa tahun yang lepas.

Objektif Projek

> Pembinaan ini bertujuan untuk memberikan bekalan pengairan yang lebih efisyen serta mencukupi dalam mempertingkatkan pengeluaran padi ke arah 10 Tan untuk setiap musim pengairan bagi keluasan 4,000 ha disamping bertindak sebagai sokongan kepada tebatan banjir yang sempurna bagi seluruh kawasan KETARA.

>Melibatkan pembinaan struktur pintu air yang baru menggantikan Besut Barrage yang sedia ada, rosak, tidak ekonomik untuk diperbaiki.

Manafaat perlaksanaan

Terdapat dua (2) tujuan utama cadangan pembinaan Besut Barrage Baru ini ialah :

1) Bekalan Air – Bagi memenuhi keperluan air pengairan di IADA Besut
2) Mengurangkan risiko banjir

Disamping itu, dianggarkan lebih kurang 175,824 oranag penduduk di Besut dan di Setiu akan mendapat manafaat yang lebih besar dengan pembinaan Besut Barrage.

Impak Projek

Bekalan Air Mengurangkan Risiko Kemarau

KETARA mula melaksanakan projek padi 10mt mulai Musim 1/2002. Kekurangan bekalan air pengairan yang berlaku dimusim biasa menjadi meruncing di musim kemarau telah menjejaskan hasil padi di kawasan-kawasan terlibat. Kerugian daripada keadaan telah menjejaskan sebilangan besar pendapatan petani yang merupakan kumpulan sasaran yang perlu dimajukan.

Setiap kali tiba musim kemarau hanya 41.9% sahaja kuantiti air dapat dibekalkan ke sawah padi sehingga mengakibatkan 1875.5 hektar atau 36.2% daripada keseluruhan kawasan terjejas dan menjadi kering. Ini bermakna KETARA mengalami kerugian sebanyak 36.2% dari segi hasil yang sepatutnya diperolehi jika sawah padi tidak terjejas akibat kekurangan air. Keadaan ini melibatkan petani seramai lebih kurang 1000 orang. Dengan pembinaan Besut Barrage ini dapatlah dikurangkan kerugian terhadap kumpulan sasaran ini.

Mengurangkan Risiko Banjir

Dengan adanya Besut Barrage, lebihan curahan hujan di musim tengkujuh dapat ditakung dan disimpan secara berkesan. Apabaila keadaan ini berlaku, sudah tentu dapat membantu mengurangkan risiko banjir yang boleh membawa kepada kemusnahan kawasan pertanian.

Punca Air Minuman Domestik

Sungai Besut merupakan satu punca minuman bagi penduduk di daerah Besut. Dengan adanya pembinaan Barrage Baru ini, paras air di Sungai Besut dapat diaturkan. Apabila sungai ini mengalami kekeringan di musim kemarau, simpanan air yang terdapat di Besut Barrage Baru boleh dilepaskan secara teratur dan sistematik sehingga membantu menaikkan paras air di Sungai Besut. Ini adalah kerana pintu kawalan Besut Barrage lama tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna disebabkan acapkali berlakunya kejadian kegagalan sebahagian komponen-komponen mekanikal dan elektrikal. Sekiranya pembinaan Besut Barrage Baru dijalankan, penduduk-penduduk tempatan tidak lagi kerunsingan menjelang setiap kali tibanya musim kemarau.

Gambar-Gambar Besut Barrage

40 kali dilihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads