Khamis, 23 Februari 2012

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


REVOLUSI HABIB: Pak Imam <b>di Setiu</b> "dibelasah" UMNO

Posted: 08 Feb 2012 05:50 PM PST

seorang Pak Imam yang selalu membacakan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah telah cedera dengan teruk sekali sehingga terpaksa dimasukkan ke wad kritikal akibat daripada tindakan pemimpin UMNO di kawasan itu yang mementingkan wang ringgit semata-mata.
saudara boleh baca laporan cerita itu disini: (klik)
inilah akibatnya apabila pembangunan yang menjadi objektif utama.
di Kelantan, walaupun pembangunan tidak seperti rancaknya di kawasan-kawasan yang BN nak bangunkan, namun keselamatan orang awam dan rakyat terjaga dengan baik sekali.
lagipun, di saat rakyat masih hidup merempat, mengapa kita perlu bazirkan wang untuk membina itu dan ini? sedangkan duit itu boleh digunakan untuk bagi orang miskin bina rumah dan berniaga.
aku pun kesal apabila ada sebuah negeri kerajaan pakatan yang sibuk nak bazirkan wang jutaan ringgit hanya untuk membina kompleks surau.
ingat! kita bukan BN yang sibuk nak jaga imej bangunan pencakar langit.
kita bukan UMNO yang sibuk nak jaga nama negeri dengan membina bangunan-bangunan mahal.
biarlah pejabat kita buruk.
biarlah bangunan di negeri kita usang.
asalkan rakyat tidak merempat dan miskin papa.
contohilah kerajaan komunis VENEZUELA dan juga kerajaan sesat Syiah Iran yang tidak langsung ambil peduli soal bangunan tinggi dan mewah untuk kerajaan negara nya . malah sebaliknya duit-duit yang banyak digunakan untuk membantu rakyat dengan memberi pendidikan percuma dan macam-macam subsidi dan biasiswa kepada rakyat.
ingat...Pakatan Rakyat jangan jadi macam BN...
tok guru nik aziz : ikon pemerintah yang wara' dan zuhud serta bijak memerintah.
rumah beliau sehingga kini masih usang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads