Ahad, 19 Februari 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Pasar tani <b>di</b> RAMD <b>Seberang Takir</b> setiap Jumaat

Posted: 01 Jan 2012 06:49 PM PST

Oleh FAUZI MOHD

Masyarakat sekitar dan penghuni Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Pantai Seberang Takir boleh mendapatkan barangan segar untuk keperluan harian melalui pasar tani yang bakal diadakan di penempatan itu kelak.

Pegawai Memerintah kem berkenaan, Leftenan Kolonel Nasharuddin Mohamad berkata, pihaknya bercadang untuk menyediakan kemudahan itu dalam kem tersebut pada setiap hari Jumaat bagi kemudahan keluarga anggota tentera.

"Tapak pasar tani itu bakal dibina di Dataran Berjuang dan kita jangka ia akan siap sebelum bulan April ini dengan kerjasama Pernama (Perwira Niaga Malaysia).


"Bagaimanapun, buat masa ini, kita sedang usahakan dengan Pejabat Daerah untuk memasang tar di dataran tersebut sebelum pasar tani beroperasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin dan Masyarakat Setempat Bersama Warga 'Tangkas Berjuang' di Kem Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sri Pantai, Seberang Takir kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads