Jumaat, 3 Februari 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Bangunan Belia Permata Sebarang <b>Takir</b> | hardyweb:perjalanan <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 06:27 AM PST

Tahun 1995, aku mendaftar diri di PUSTAR ( Pusat Tuisyen Seberang Takir) yang tersohor itu. Tiga tahun belajar di sana dari PMR hingga SPM dan pengetua PUSTAR waktu itu Cikgu Razif (YB). Dalam masa yang sama, di PUSTAR lah, gerakan belia yang dikenali sebagai Persatuan Belia Permata Sebarang Takir bergerak, juga bawah seliaan Cikgu Razif( sebenarnya Permata telah wujud jauh lebih lama dari itu ) . Segala mesyuarat dan aktiviti berpusat di bangunan PUSTAR. Aku dan rakan yang belajar di situ di serap masuk ke dalam Persatuan Belia Permata Seberang Takir (MAYC).

Pelbagai aktiviti yang berbentuk sahsiah, jati diri dan kenegaraan dijalankan di sana. Semenjak dari itu , kami dijanjikan dan dipasang angan-angan tentang kemudahan berupa sebuah bangunan belia yang dapat memberi keselesaan dan kemudahan untuk ahli belia melakukan perlbagai aktiviti dan program. Lima belas tahun menunggu janji, akhir tahun lepas aku dan seorang rakan mula mengasak YB Razif supaya mengotakan janjinya melalui kritik di blog dan facebook . PUSTAR, kedengarannya semenjak Cikgu Razif memegang jawatan Yang Berhormat, pusat tuisyen itu tidak lagi beroperasi sehingga sekarang. Bangunan tersebut dijadikan Pejabat Dun yang ada sekarang.

Apa yang aku ingin lakarkan di dalam tulisan kali ini adalah merupakan padangang dan cadangan kepada bekas YDP Belia Permata ( YB ADUN Seberang Takir Sekarang). Bangunan baru tersebut seharusnya menjadi milik Persatuan Belia Permata Sebarang Takir dan di dalamnya terdapat pejabat pendaftaran ahli persatuan, pusat aktiivti seperti dewan ceramah/kursus yang boleh disewakan kepada mana-mana pihak bagi menjana sumber kewangan Persatuan, bilik latihan komputer yang boleh digunapakai oleh ahli persatuan juga boleh disewa oleh mana-mana pihak bagi menjana kewangan Persatuan. Andaikata jika ada rezeki, YDP Persatuan Belia Permata sekarang, En Khalid, boleh memikirkan tentang kewujudan semula PUSTAR yagn pada suatu masa dahulu berjaya menghasilkan ramai anak Seberang Takir yang berjaya dan berkejaya dalam pelbagai lapangan.

Namun begitu, harapan aku apabila melihat terdirinya bangungan tersebut, tidak ada mana-mana pihak yang akan cuba untuk mengambil kesempatan samaada untuk menguasai bangunan tersebut atau apa jua cara yang bakal merencat seterusnya membunuh pembangunan modal insan belia Seberang Takir itu sendiri.

Walaupun aku merupakan bekas ahli persatuan belia permata, namun aku amat berharap tulisan pecisan seorang anak yang pernah membesar di Seberang Takir dan aktif dalam persatuan belia ini dapat di baca oleh bekas YDP, YDP yang dilantik sekarang serta semua ahli persatuan belia permata sekarang.

Belia Tiang Negara,
Agama tulang besinya,
dikongkrit dengan ilmu wacana,
diwarna dengan adat budaya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads