Selasa, 14 Februari 2012

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


teganuku: Sekolah Premier Dan Elit Dicadang Diwujudkan <b>Di Kerteh</b> 1

Posted: 13 Feb 2012 11:15 AM PST

Sebuah sekolah menengah elit dan premier akan diwujudkan di Dungun bagi menampung peningkatan mendadak jumlah murid yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun di Terengganu.

Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan berkata Terengganu kini muncul sebagai negeri anjung ilmu dalam melahirkan ramai murid cemerlang dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun.

"Namun, agak menyedihkan bagi kita kerana tidak semua murid cemerlang ini dapat memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sebahagian besar mereka hanya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah biasa.

"Kebetulan, di Felda Kerteh 1 ini terdapat sebuah sekolah menengah harian biasa yang mempunyai pelajar yang sedikit iaitu Sekolah Menengah Raja Petra, jadi saya telah mencadangkan supaya ia dinaik taraf sebagai sekolah menengah elit dan premier," katanya kepada pemberita di sini.

Rosli berkata sekolah itu sehingga kini mampu menampung seramai 1,000 orang pelajar namun untuk keselesaan dan bersesuaian statusnya sebagai sekolah premier dan elit kelak, jumlah 750 orang pelajar sudah memadai untuk ditempatkan di sekolah itu.

Justeru, beliau berkata pihaknya berharap cadangan itu akan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan anak-anak cemerlang di Terengganu mendapat kemudahan pendidikan terbaik dan eksklusif.

"Kerjasama daripada kerajaan negeri, Kementerian Pelajaran, KETENGAH dan FELDA dalam menyediakan prasarana tambahan seperti jalan raya, dewan besar, bangunan asrama dan gelanggang sukan akan menjadikan sekolah elit ini sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Terengganu, khasnya penduduk di kawasan Dungun ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads