Isnin, 13 Februari 2012

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


<b>Jerangau</b> | Seri Subuh Agrofarm

Posted: 09 Nov 2011 07:20 AM PST

Jerangau | Seri Subuh Agrofarm

Jerangau

(Acorus calamus)

ACORACEAE

  • Turut dikenali dengan nama Jeringau, Jerangang, Alwah,  Sweet Flag, Dlingo (Indonesia), Sweet Sedge,  Myrtle Flag dan Calamus.
  • Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit.
  • Memerlukan cahaya matahari penuh.
  • Keseluruhan tumbuhan menghasilkan bau wangi terutamanya di bahagian rizom.
  • Pertumbuhan jerangau mampu mencapai ketinggian 1m.
  • Memiliki daun yang keras dan memanjang dengan hujung yang runcing.
  • Rizom berbentuk silinder berwarna putih dan diselaputi kulit berwarna coklat.
  • Menghasilkan bunga berwarna kuning di antara ketiak daun namun di Malaysia, jerangau  dikatakan tidak menghasilkan bunga.
  • Dibiakkan dengan menggunakan rizom dan belahan rumpun.
  • Telah lama digunakan sebagai ubat herba tradisional di merata tempat untuk merawat sakit perut, cirit-birit, sakit urat, sawan, demam panas dan rawatan ibu bersalin.
  • Minyak pati jerangau (Calamus oil) turut digunakan secara komersial di dalam industri wangian.
  • Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat nasihat daripada pakar bagi mengelakkan keracunan.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads