13 di chukai - Google Blog Search |
Himpunan Tolak Umno; Himpunan Akhir Warga <b>Chukai</b> Sebelum <b>...</b> Posted: 30 Jan 2012 03:37 PM PST KEMAMAN – PAS Chukai merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran, lanjutan dari program mega berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU).
"Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun lepas telah menghasilkan satu gelombang, "seluruh rakyat pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS,"ujarnya ketika ditemui. Menurutnya, selepas itu program PGU telah diadakan di kawasan Besut pada 18 dan 19 Mac dan berjaya melepasi sasaran menghimpunkan 30,000 rakyat. Beliau berkata, program PGU kali ketiga pada 14 dan 15 Oktober di Pantai Pandak Chendering, dalam kawasan Kuala Terengganu merupakan kemuncak himpunan apabila lebih 50,000 orang berkunjung. Oleh itu, kata belia, pelbagai pihak termasuk agensi risikan kerajaan Umno/BN melaporkan kebangkitan rakyat melalui program PGU akan menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Justeru, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran menjelang PRU-13. "hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (Umno/BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ke-13, "mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku (marak), PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya, "bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya. Menurutnya, PAS Chukai merancang mengadakan 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) itu pada awal bulan Mac, saat-saat akhir menjelang PRU-13. Katanya, HTU akan diadakan di lokasi yang sama di mana program PGU kali Pertama di adakan iaitu di dataran Tok Guru, Kampung Geliga. Oleh yang demikian, dengan persekitaran dan suasana politik masa kini, beliau yakin semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu. "saya yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti, "akan memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,"tegasnya. Komen: |
All About Chukai: Pasar Basah @ Wet Market <b>Di Chukai</b> Posted: 27 Jan 2012 10:49 PM PST Pasar Besar Chukai Pilihan banyak, harga jauh lebih murah, barangan segar. Parking lot banyak tetapi masih ramai yang parking sesuka hati menyebabkan kesesakan di bahagian belakang pasar. Waktu operasi : Setiap hari dari selepas Subuh ~ tengahari - gerai menjamu selera (minuman, nasi, lauk-pauk) - gerai menjual kain, baju, permainan kanak-kanak 4 batu dari bandar Chukai, lebih kecil, pilihan barangan agak terhad. Gerai menjual kuih-muih sangat meriah. Pilihan banyak, ada yang masih suam, ada yang baru diangkat dari kuali. Rambang mata dibuatnya :-) Best! Macam pasar malam pulak. Ada juga ayam goreng salut tepung, keropok, satar, ABC, cendol & banyak lagi. Waktu operasi : Setiap hari pada waktu petang selepas Asar ~ sebelum Maghrib - ada kedai untuk minum petang ******************************** Jadi, jika anda terlepas untuk pergi ke Pasar Besar Chukai di waktu pagi, pergilah ke Pasar Binjai di waktu petang. Sekurang-kurangnya anda masih boleh membeli dengan harga yang agak murah berbanding pasaraya walaupun mungkin tidak semua barang yang anda inginkan ada. |
You are subscribed to email updates from di chukai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan