Jumaat, 7 Oktober 2011

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Masjid Terapung <b>Pulau Perhentian</b> mula dibina

Posted: 01 Oct 2011 05:49 PM PDT

Oleh: Mohammad Ishak


Kerja menanam cerucuk Masjid Terapung Pulau Perhentian

Impian penduduk perkampungan nelayan Pulau Perhentian, dekat Kuala Besut untuk mendapatkan masid baru bagi menggantikan masjid lama akan menjadi kenyataan apabila kerja pembinaan kini giat dilakukan oleh kontraktor terbabit.

Masjid berharga RM12 juta itu juga akan menjadi mercu tanda baru kepada pusat peranginan terkenal itu kerana ia satu-satunya masjid terapung di pulau negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar berkata, kerja pembinaan masjid baru itu sudah dimulakan Julai lalau dan ia dijangka siap sepenuhnya menjeang akhir 2012.

Katanya, masjid itu akan mempunyai keunikan tersendiri apabila sebahagian daripada struktur bangunannya berada di dalam air laut dan menjadikan ia satu pemandangan menarik kepada pelancong.

Menurutnya, kerja pembinaan masjid itu juga mungkin mengambil masa sedikit untuk disiapkan kerana kesukaran pihak kontraktor untuk membawa bahan binaan dari darat ke pulau yang menghadapi masalah pengangkutan.

Dr A Rahman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata, masjid sedia ada di pulau itu kini sudah uzur selain tidak sesuai lagi berikutan status pulau itu yang kini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

Menurutnya, dianggarkan menjelang akhir tahun ini pulau itu akan dikunjungi kira-kira 100,000 pelancong yang ingin melihat keindahan alam semula jadi selain mempunyai panorama menarik sekitar dua pulau yang ada di situ iaitu pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.

Beliau berkata, penduduk pulau itu kini sudah banyak menikmati pembangunan hasil perancangan rapi Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang sebelum ini turut turun padang untuk meninjau kehidupan penduduk di pulau pelancongan yang terkenal itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads