Ahad, 9 Oktober 2011

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


My Story - A day at a time....: JJCM–Ikan Bakar <b>di Paka</b>

Posted: 05 Oct 2011 07:15 PM PDT

Ianya adalah sebuah kedai makan biasa yang terletak diantara stesen minyak Petronas dan stesen Minyak Shell di bandar Paka Terengganu. Namun menjelang pukul 12.00 tengahari, pelanggan akan beratur untuk mendapatkan ikan bakar.

IMG_1926

Kelihatannya macam ikan bakar biasa yang dibakar diatas kuali bersama kunyit dan mentega, tapi bagi mereka yang telah mencuba pastinya akan datang lagi.

IMG_1924

Mungkin kesedapannya terletak pada ikan yang dimakan panas-panas, atau  kuah asamnya yang pekat dan sedap, atau mungkin juga kuah kicapnya yang lemak masin dan manis. Walau apa pun alasannya, mencuba ikan bakar ini dirumah tidak sama rasanya dengan disini. Selain dari itu, ada beberapa masakan yang lain dari masakan dikedai lain seperti daging salai lemak chili api dan sayur ulam masak lemak tempoyak juga terdapat disini. Tidak pernah bertanya pada tuan kedai, tapi rasanya mereka berasal dari Negeri Sembilan kerana masakannya pedas sidikit berbanding dengan 'standard' lauk di Terengganu. Kami sanggup datang dari Dungun apabila teringin nak makan ikan bakar disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads