Sabtu, 1 Oktober 2011

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


VIDEO RIBUT DAHSYAT <b>DI KUALA TERENGGANU</b> 27 <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 11:16 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf kerana sekarang ni Ammar kurang update blog sebab sibuk dengan assignment yang banyak. Dalam kesibukan Ammar kali ini rasa macam tak selesa je bila tidak bercerita mengenai berita yang mengejutkan berlaku di negeri kelahiran Ammar iaitu Terengganu. Satu kejadian ribut yang sangat dasyat telah berlaku pada 27 September 2011 lepas.

Ribut ini dikatakan berlaku hanya lebih kurang 30 minit. Tapi cukup untuk meranapkan rumah-rumah, bangunan dan pokok-pokok. Walaupun tidak seteruk ribut taufan di Amerika atau Ribut Agatha yang dapat mempadang jarak, padang tekurkan sesebuah bandar, tapi bencana ribut di Kuala Terengganu ini cukup memberi kesan kepada penduduk setempat. Seorang penduduk Kuala Terengganu berkata, "Serius takut, angin berpusar, atap² rumah jiran tercabut semua tapi Alhamdulillah semuanya selamat..".
 
Mungkin kejadian ini menjadi petanda Allah kepada manusia yang menghuni di kawasan Kuala Terengganu. Perlu diingatkan bahawa setiap bencana yang berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Bersama-sama kita menginsafi diri dan mencari di mana silap kita sepanjang hidup di dunia ini. Semoga kejadian ini dapat menginsafkan kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads