13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
Santai <b>di</b> Hutan Lipur Chemerong « MuhamadYusri.Com Posted: 07 Oct 2011 09:11 PM PDT Pada cuti sempena Hari Raya Puasa yang lepas, saya berkesempatan pergi bersantai ke Hutan Lipur Chemerong yang terletak tak berapa jauh dari rumah mak dan ayah saya di Bandar Ketengah Jaya,Dungun. Ini adalah pertama kali saya sampai di sini setelah sekian lama mendengar cerita dari kawan-kawan yang telah pergi ke sini tentang keindahan panoramanya terutama sekali air terjunnya. Kejernihan airnya memang tidak dapat disangkalkan lagi kerana langsung tiada kesan pencemaran di kawasan ini. Dari jauh kita masih mampu melihat dasar sungai. Betapa jernihnya air di sini. Air Terjun Chemerong merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia iaitu dengan ketinggian 305 meter. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat seribu satu macam jenis penyakit. Herba-herba ini boleh didapati dengan mudah oleh orang ramai yang memerlukannya. Ianya boleh diperolehi dengan sendiri ataupun membelinya daripada pembekal herba yang menetap di kawasan berhampiran Air Terjun Chemerong ini. Saya dan isteri serta anak-anak cuma bersantai di air terjun yang paling bawah. Sejuk sungguh airnya. Oleh kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan,kami pun berangkat pulang setelah hampir satu jam bermain-main air di sini. Kelihatan riak wajah anak-anak saya belum lagi puas mandi di sungai Air Terjun yang sejuk dan jernih ini.InsyaAllah, jika ada kesempatan kami akan datang lagi ke sini sambil berkelah. Bagi anda yang teringin ke sana boleh menggunakan kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam seperti teksi atau pun kereta sewa samada dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kemaman, ataupun Kuantan melalui jalan Jerangau-Jabor-Bandar Al- Muktafibillah Shah. Jarak ke Hutan Lipur Chemerong adalah 30 KM dari Bandar Al-Muktafibillah Shah (15-20 minit) ataupun 100 KM dari Kuala Terengganu (1 jam). |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan