Ahad, 18 September 2011

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Yayasan Amal <b>Terengganu</b> &#39;berkorban&#39; <b>di</b> Mindanao

Posted: 14 Sep 2011 03:25 AM PDT

KUALA BERANG - Yayasan Amal Malaysia (YAM) akan menganjurkan program Qurban/ Aqiqah ke seluruh pelusuk dunia, sempena sambutan hari raya Korban, Eidul Adha pada tahun ini.

Menurut Pengerusi YAM Cawangan Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah, ia merupakan program tahunan bantuan kemanusiaan dan kebajikan yang dianjurkan YAM.

"Tahun ini kita akan meneruskan usaha untuk membantu umat Islam di negara-negara minoriti, yang umat Islamnya kurang berbanding rakyat negara tersebut,

"kita akan menumpukan kepada kawasan-kawasan dimana majoriti umat Islam paling ramai dalam negaranegara minoriti itu,"ujarnya ketika di temui pada Majlis Hari Raya disini Rabu 14 September.

Antara negeri-negeri yang akan diberi tumpuan bagi program Qurban dan Aqiqah pada tahun ini adalah Vietnam, Selatan Thai, Komboja, Laos, Sri Lanka, Mindanao, Sudan dan Somalia.

Sehubungan itu, beliau mempelawa kepada semua umat Islam dinegeri Terengganu khususnya, untuk turut serta membantu 'saudara-mara' di negeri-negeri tersebut dengan menyertai skim qurban dan aqiqah anjuran YAM.

Menurutnya, Yayasan Amal Cawangan Terengganu diberi tugasan khas pada tahun ini untuk menjalankan khidmat komuniti ke Mindanao.

"Kali ini Amal Terengganu akan ke Marawi City, salah satu bandar terbesar dan majoriti muslim,"ujarnya

Oleh itu, beliau berkata, semua muslimin muslimat yang ingin menyertai program qurban atau aqiqah agar dapat menghubungi pihaknya dengan segera.

Katanya, borang penyertaan skim qurban dan aqiqah dalam talian boleh di akses melalui

http://yamterengganu.blogspot.com/2009/09/permohonan-qurban-aqiqah-online.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads