Sabtu, 10 September 2011

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Pengayuh beca <b>di Kuala Terengganu</b> dapat sumbangan Hari Raya <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2011 06:59 PM PDT

Posted on August 28, 2011, Sunday

KUALA TERENGGANU: Seramai 68 pengayuh beca di daerah ini, semalam menerima duit raya sebanyak RM300 setiap seorang sumbangan daripada kerajaan negeri Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, program itu merupakan kali ketiga diadakan dalam usaha membantu pengayuh beca.

"Saya sedar bahawa pengayuh beca di sekitar sini rata-ratanya merupakan golongan warga emas dan mereka ini sudah berpuluh-puluh tahun bekerja mengayuh beca.

"Dengan pemberian sumbangan ini saya harap mereka dapat membuat persiapan Hari Raya dan menyambutnya dengan lebih ceria," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, seorang penerima, Ngah Ismail, 63, dari Pasir Panjang, di sini, berkata, beliau akan menggunakan sumbangan itu untuk membeli barangan sebagai persediaan menyambut Syawal. Rakannya, Ngah Abdullah, 66, berkata, wang yang diterimanya akan digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan beliau sekeluarga.

"Sebagai penarik beca, pendapatan pun tak menentu lebih-lebih lagi keadaan sekarang yang sudah banyak berubah dan tubuh badan pun sudah tidak sekuat dahulu.

"Wang sumbangan daripada kerajaan negeri ini, bolehlah pak cik gunakan untuk beli barangan dapur," katanya. — Bernama

Rangkaian kedai perkakasan pembinaan <b>di</b> <b>...</b> - Utusan Online

Posted: 31 Aug 2011 12:35 PM PDT

Rangkaian kedai perkakasan pembinaan di Terengganu

Rangkaian kedai perkakasan pembinaan di Terengganu

31/08/2011 1:31pm

KUALA TERENGGANU 31 Ogos – Selepas mewujudkan rangkaian T'Cafe dan T'Shop, kerajaan Terengganu merancang mewujudkan rangkaian kedai peruncitan bahan perkakasan binaan (T'Hardware) di semua daerah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, ia bertujuan supaya lebih ramai orang Melayu di negeri ini menceburi sektor berkenaan.

"Cadangan kita kalau boleh satu kedai yang akan dikenali dengan nama T'Hardware itu dibuka di setiap daerah dan yang pertama dibuka di Kuala

Terengganu akhir tahun ini," katanya di sini.

Mohamed berkata, biasanya perniagaan bahan-bahan binaan itu dikuasai oleh syarikat-syarikat besar dan kerajaan yakin bumiputera mampu menerokai sektor itu

jika dibantu.

Beliau berkata, kerajaan negeri sekarang ini sedang berusaha mencari tapak yang sesuai untuk membina kedai T'Hardware di setiap daerah bagi merealisasikan impian itu. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads