Jumaat, 30 September 2011

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


[ini wilayah tun azhar]: KARNIVAL 1M 1S (SEPAK TAKRAW) MSSD <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2011 12:27 AM PDT

8 Fakta tentang kejohanan:

1. Berlangsung pada 28 Sept. 2011 bermula jam 2.30 petang. Tempatnya di mana lagi kalau tidak di SK. Seberang Takir yang menjadi hos tetap acara sepak takraw saban tahun. Tapi kira ok la. Kalau kena jadi tuan rumah acara gimnastik ke, gimrama ke, renang ke lagi pecah kepala nak fikir.

2. Penyertaan 10 buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu Utara. Rasanya jumlah ni tak sampai 1/3  daripada jumlah sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu Utara ni. Sekolah lain mana. Mungkin ada kekangan masing-masing. Atau pun sebab SK. Seberang Takir ada tekong servis kuda dan 'state player' yang menjadi igauan ngeri team lain. Ala..tak kisah la 'state player' atau 'estate player'. Kita join je bagi meriah.
Seberang Takir pun masuk acara lain walaupun cap ayam je.

3. Terbahagi kepada 2 kumpulan A dan B dengan 5 pasukan setiap kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke 8 terakhir. Kiraan mata ialah 25 mata dengan satu set je. Tak ada set kedua apa lagi tie break. Dius pun tak ada sebab dikategorikan sebagai 'modified game'.

4. Keputusan peringkat kumpulan:
4.1 SK. Seberang Takir vs SK. Gong Badak (25-0) menang percuma sebenarnya.
4.2 SK. Seberang Takir vs SK. Kampung Gemuroh (25-9)
4.3 SK. Seberang Takir vs SK. Padang Kemunting (25-8)
4.4 SK. Seberang Takir vs SK. Tanjung Gelam (25-8)
 *SK. Seberang Takir muncul johan kumpulan.

5. Keputusan separuh akhir:
5.1 SK. Seberang Takir vs SK. Tanjung Gelam (25-9) 

6. Keputusan akhir:
6.1 SK. Seberang Takir vs SK. Batu Rakit (25-8)

7. La..johan lagi. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan kejohanan. Jumpa lagi edisi akan datang.

8. Kejohanan tamat tapi medal dan sijil tak dapat. Medal dan sijil bukan diuruskan oleh hos/pengelola sebaliknya nun orang atasan di PPD. Bila ditanya, medal dan sijil belum siap. Adu..budak2 dah penat. Tapi masa penyampaian hadiah, medal pulak tak ada. Cuba bayangkan kalau Grand Prix F1 tak de medal masa penyampaian hadiah. Nasib baik penganjur ada sediakan hamper atas inisiatif Pengurus Kejohanan. Kalau tak memang hampa la..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads