Rabu, 21 September 2011

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


GEER 2011 – Kuala Terengganu | Proton Exora Club Blog

Posted: 18 Sep 2011 09:27 PM PDT

DSC_0270

Kuala Terengganu 17 Sept- Negeri penyu menangis telah menyaksikan satu sejarah perhimpunan kelab kereta iaitu Exora Owners Club Malaysia(EOCM) cawangan wilayah timur menganjurkan satu perhimpunan terbesar pemilik-pemilik exora pantai timur untuk julung kalinya yang mana Terengganu telah dipilih menjadi tuan rumah menganjurkan Gathering Exorianz Eastern Region atau GEER 2011.

Idea menganjurkan GEER 2011 dipelopori bersama En.Hizam Mustafa (Alongkuantan) sebagai Ketua EOCM Wilayah Timur dan En.Kadir Kadiri (KK) iaitu Ketua Negeri Terengganu yang mana telah berlangsung tempuh beberapa bulan untuk mencari satu tarikh yang sesuai.Difahamkan En.Kadir Kadiri pada masa itu belum lagi memegang jawatan Ketua Negeri Terengganu dimana cadangan mengadakan perhimpunan tersebut datang dari En.Kadir Kadiri sendiri dan dipersetujui oleh Ketua Wilayah Timur En.Hizam Mustafa.

Setelah beberapa siri perbincangan antara mereka dari segi pemilihan tarikh dan sebagainya,akhirnya 16 hingga 17 Sept 2011 iaitu sempena cuti hari Malaysia yang ke 54 telah dipilih dan ditetapkan.Pada mesyuarat untuk pertamakalinya yang dihadiri ajk yang dilantik,perubahan tarikh dan jadual diubah kepada hanya satu hari sahaja bagi pengurangan kos dan masa.

Walaupun pada peringkat permulaan menghadapi kesukaran dari kos penganjuran, ajk dan kemudian ditukarkan kepada CREW GEER 2011 dengan daya usaha bersama, En.Kadir Kadiri berusaha mencari beberapa pihak yang sudi menaja GEER 2011.

Akhirnya pengurusan Indahsari Otomobil Sdn.Bhd melalui pengurusnya En.Hamzah, sudi memberi sumbangan penajaan dari segi penggunaan premis mereka,jamuan Raya Perdana,hadiah-hadiah sumbangan dan sumbangan untuk anak-anak yatim Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi.Anak-anak yatim tersebut juga mendapat sumbangan 5 buah basikal hasil dari derma dan jualan no.siri sticker yang dicetus idea oleh En.Kadir Kadiri


Tanggal 17 Sept 2011,akhirnya GEER 2011 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya dan dihadiri sebanyak lebih kurang 50 buah exora peserta-peserta yang terdiri dari wilayah timur dan wilayah tengah.Sepertimana yang dirancangkan,pendaftaran peserta-peserta GEER 2011 telah berlangsung di perkarangan Masjid Terapung,Lagun Kuala Ibai pada jam 10.00 pagi dengan pembahagian barangan cenderahati dan penampalan sticker disamping melekatkan bendera Malaysia dikenderaan masing-masing.


Sesi pengenalan Crew GEER 2011 dan taklimat berkonvoi oleh pasukan polis trafik Kuala Terengganu telah diadakan untuk menerangkan tatacara dan disiplin berkonvoi.Seramai 28 anak-anak yatim bersama penjaga  yang didatangkan dengan sebuah bas yang disewa khas kemudian dibawa berkonvoi dengan exora peserta-peserta bagi memberi peluang kepada mereka merasai menaiki exora,MPV pertama buatan Malaysia dan seterus berkonvoi mengelilingi bandaraya Kuala Terengganu.

ex10


Konvoi yang diiringi pasukan polis trafik tiba dipremis penaja rasmi sekitar jam 1.00.Semua kenderaan peserta-peserta disusun diperkarangan premis penaja di Jalan Kamaruddin.Sementara menunggu acara perasmian dilangsungkan,peserta-peserta dijamu selera dengan pelbagai hidangan dan nyanyian oleh penyanyi undangan.

exs10


Acara perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah Indahsari Otomobil Sdn.Bhd,Mr.Kenny Teo dan disusuli oleh Pengerusi GEER 2011 merangkap Ketua Negeri Terengganu En.Kadir Kadiri yang membuat ucapan alu-aluan kepada peserta-peserta dan ucapan terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan GEER 2011.En.Hizam Mustafa selaku Ketua Wilayah Timur mengambil giliran menyampai ucapan beliau.

dscf3011n

dscf3015q
Acara seterus adalah penyampaian sumbangan basikal kepada anak-anak yatim kepada wakil oleh En.Hizam Mustafa kemudian penyampaian cenderahati berbentuk plak kepada penaja rasmi oleh Pengerusi GEER 2011 kepada Pengarah Indahsari Otomobil Sdn.Bhd, Mr.Kenny Teo.Kemudian berlangsung beberapa acara yang disusun oleh pihak penaja rasmi beberapa sukaneka,pertandingan exora tercantik,baju melayu tercantik,baju kurung tercantik,baju raya sedondon dan lain-lain lagi acara.Majlis tamat tepat jam 5.00 petang.


Seterusnya kenderaan peserta-peserta dengan diiringi polis trafik berkonvoi ke Masjid Kristal,Taman Tamadun Islam,Pulau Wan Man untuk acara terakhir yang dijadualkan pada sebelah siangnya.


Pada sebelah malamnya jam 10.30 malam,satu TT Santai GEER 2011 telah diadakan diPantai Batu Burok yang mana telah dialih tempat yang sebelum dirancangankan di Pulau Warisan dan dihadiri beberapa peserta-peserta GEER 2011.

*lapuran wartawan lokasi GEER 2011 – Kizz Kazz

Untuk melihat gambar-gambar,sila lihat di:
http://protonexora.com.my/forum/index.php?topic=7149.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads