Ahad, 4 September 2011

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


BERSEDIA KE <b>PULAU KAPAS</b> - Marang, Malaysia Travel Blog

Posted: 16 May 2011 12:00 AM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Monday, May 16, 2011

Pagi pagi lagi selepas check out dalam pukul 9 pagi kami terus bergerak ke Marang untuk ke Jeti Pulau Kapas yang mana kami tidak rancang pun ke sana, Kami bercadang nak ke Kuala Trengganu sahaja hari ke 3 sampai ke 4 ni dan bermalam di sana tapi fikir fikir balik balik lepak Pulau Kapas. Tak pernah sampai...Kami makan tengahari di Marang sebelah Jety sebelum menaiki bot ke Pulau Kapas..

Marang Waterfront
Marang Waterfront yg terletak di muara Sungai Marang ini ialah destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi sekiranya anda ke Marang. Lokasi yang sesuai, suasana yang tenang dan pemandangan indah menjadikannya tumpuan penduduk tempatan & luar untuk berehat.


Marang Waterfront ini dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 2007. Jeti Marang juga terdapat di sini. Di Jeti Marang inilah pelancong menaiki bot untuk ke Pulau Kapas, Pulau Gemia dan juga menyewa bot menyusuri Sungai Marang.


Untuk ke Marang Waterfront ini, anda boleh menaiki pengangkutan awam samada bas atau teksi dari Bandar Kuala Terengganu. Anda juga boleh menaiki kenderaan sendiri. Jarak Marang Waterfront ini dari Bandar Kuala Terengganu ialah kira-kira 17 km.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads