Sabtu, 17 September 2011

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Sotong/ Ikan Celup Tepung <b>di</b> Pantai Kelulut, <b>Marang</b>, Terengganu <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 09:01 AM PDT

Negeri Terengganu mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan sangat cantik. Dari daerah Kemaman sehinggalah ke daerah Besut, Terengganu tidak akan mengecewakan pengunjung dengan menjanjikan panorama indah sepanjang perjalanan di negeri Terengganu. Sepanjang Pantai Kelulut terdapat banyak kedai makanan laut (seafood) yang sedap dengan harga berpatutan. Pantai Kelulut  ini terletak di dalam daerah Marang antara laluan Kuala Terengganu – Kuantan. Terdapat banyak pilihan gerai seafood dan semua seafood yang dijual disini segar.

Pantai Kelulut

Pantai Kelulut, Marang terletak berhampiran dengan bandar Marang. Lokasi pantai kelulut ini kira-kira 21 km daripada bandar Kuala Terengganu. Di sini, pengunjung dapat menenangkan fikiran dan menghabiskan masa dengan kenangan indah bersama keluarga tercinta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang serta minum petang.

Pantai Kelulut 2

Banyak gerai meyediakan juadah menarik yang sangat terkenal di negeri Terengganu, iaitu sotong/ ikan dan makanan laut celup tepung. Makanan laut di sini sangat segar kerana pengusaha gerai mengambil hasil laut ini terus dari nelayan dari jeti berdekatan.

Pantai Kelulut 3

Selain itu, terdapat satu gerai keropok lekor yang memang popular di negeri Terengganu dan juga luar Terengganu iaitu Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Gerai Keropok Lekor 008 ini popular dengan keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok Lekor 008 mempunyai kandungan ikan yang banyak berbanding sagu. Sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang hanya semata-mata untuk membeli keropok lekor 008. Satu kemestian ole-ole untuk dibawa pulang dari Terengganu ialah keropok lekor.

Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu

Alamilah sendiri keunikan dan keindahan Terengganu. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Negeri Terengganu. Ianya pasti menjanjikan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik.

Pantai Kelulut 4

p/s: terima kasih kepada model-model yang tak berbayar di atas. hehe ;)

Related posts:

  1. Sotong/ Ikan Celup Tepung di Teluk Ketapang, Terengganu
  2. RFC Kuala Terengganu | Menu Makanan dan Lokasi
  3. Banjir di Terengganu Semakin Buruk | Mangsa Banjir dipindahkan | Banjir Terburuk 2011
  4. Restoran Radix Fried Chicken (RFC) di buka di Kuala Terengganu mulai 2/12/2010
  5. Bercuti di Pulau Redang Pulau Tercantik di Malaysia
  6. Resepi Ketupat Sotong
  7. Mini Gathering Blogger Terengganu Bersama Ben Ashaari di A&W Batu Buruk | Gathering Kali Ke 2
  8. Gathering Blogger di Terengganu | Apa Pendapat Korang??
  9. Gathering Blogger Terengganu Yang Memang Sempoi dan Best

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads