13 di kemaman - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: 2000 rai Pesta Tanglung <b>di Kemaman</b> Posted: 11 Sep 2011 12:18 AM PDT Oleh FAUZI MOHD dan NURUL AZIELA SABERI Perarakan dan pertunjukan tanglung pastinya menjadi acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu setiap kali tiba perayaan kuih bulan yang disambut pada hari ke-15 bulan kelapan dalam kalendar Cina.
Bagi kaum wanita, pada malam itu mereka akan sibuk membuat kuih bulan manakala kaum lelaki pula bersama-sama menghasilkan tanglung Amalan memberi kuih bulan kepada rakan-rakan dan saudara-mara adalah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan kerana kuih bulan dianggap sebagai lambang penghormatan di dalam masyarakat tersebut. Sesuai dengan semangat perpaduan dan menjana keharmonian kaum, malam tadi masyarakat Cina di daerah Kemaman telah merayakan Pesta Tanglung 2011 anjuran Dewan Perhimpunan Tiong Hua Daerah Kemaman. Kira-kira 2,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis yang diadakan di Dewan Seri Amar Diraja, Chukai yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said dan isteri, To' Puan Seri Norliza Mahmud. Apa yang menarik, kanak-kanak dan orang dewasa termasuk beberapa pelancong asing sama-sama berarak di sekitar Bandar Cukai, Kemaman dengan membawa tanglung. Dalam masa sama, pelbagai acara menarik juga diadakan antaranya perarakan kereta berhias, pertunjukan fesyen kanak-kanak, tarian singa dan pertunjukkan pakaian dan tarian masyarakat Cina. Menurut Dato' Seri Ahmad, semangat 1Malaysia yang dilaungkan pemimpin negara dapat dilihat pada pesta tanglung tahun ini. "Melihat masyarakat Cina turut sama membantu pengunjung kaum lain yang ingin tahu berkatan perayaan ini menjadikan suasana pada malam ini sungguh harmoni. "Kita berharap pada tahun-tahun akan datang acara ini akan diadakan secara besar-besaran seperti ini agar dapat mengeratkan perpaduan antara kaum," katanya dalam ucapan pada majlis itu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato' Mohamaed Awang Tera yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai dan Pengerusi Dewan Perhimpunan Tiong Hua Daerah Kemaman, Dato' Jimmy Tan Yunn Siong. Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan 'Ang Pau' kepada lebih 30 warga emas kaum Tiong Hua. |
You are subscribed to email updates from di kemaman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan