13 di jerteh - Google Blog Search |
Menjelang PGU2; Jemput makan jamuan rakyat <b>di Jerteh</b>! Posted: 16 Mar 2011 08:50 AM PDT
Pengarah Persiapan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata persiapan bagi menyediakan semua prasarana bagi PGU2 sudah masuk ke peringkat akhir dan InsyaAllah dapat diselesaikan petang esok, Khamis, 17 Mac. (Gambar kanan - Ustaz Wan Azhar berbaju biru, sedang berbincang sesuatu dengan petugas, dihadapan pentas utama PGU2) Menurutnya, walaupun cuaca agak 'muram' sejak beberapa hari lalu, namun para petugas turun padang bagi memastikan semua kelengkapan disiapkan dan akan dapat menampung kehadiran sekurang-kurang 15,000 pengunjung. "AlhamduliLlah, semua persiapan sudah masuk ke fasa akhir, lapangan himpunan, sebuah pentas utama, 30 buah khemah untuk peserta berteduh, InsyaAllah sudah dibangunkan, sekarang sedang menyiapkan 80 tapak gerai, yang masih lagi tidak putus-putus perminaannya,"ujarnya ketika ditemui skuad BO Menurutya, sebagaiman tentatif yang telah diedarkan, PGU2 akan bermula dengan ceramah Pra-PGU2 dengan penceramah-penceramah handalan; haji Mohamad Sabu, Dato' Husam Musa dan YB Saifuddin Nasution.
Selaku tuan rumah, Ustaz Wan Azhar yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Terengganu yang bersedia untuk membuat perubahan 'PAS ganti Umno' dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. "Walaupun PGU2 akan mendapat saingan sengit dengan Umno Besut membawa 'wanita upahan' Umi Hafilda berceramah diseberang sana (bandar Jerteh), tetapi InsyaAllah, abangnya Azmin bersama kita, "kita (PAS Besut) semua untuk hadir dan bersama-sama kita berhimpun, terutamanya bagi pihak Panitia Induk, saya jemput semua sekali untuk bersama-sama makan tengah hari dalam 'Jamuan Rakyat' pada Sabtu, 19 Mac, dari jam 12 tengahari hingga jam 2 petang,"jelasnya. Katanya, sebanyak 20 ekor lembu akan ditumbangkan untuk dijadikan lauk jamuan rakyat. |
You are subscribed to email updates from di jerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan