13 di jabor - Google Blog Search |
Nasi Kukus Juna , Shahputra , Kolej Komuniti Kuantan | DaHLia's <b>...</b> Posted: 21 Sep 2011 02:36 AM PDT Hari ni bangun-bangun tido lagi, mak aku dah ajak pergi cari nasi kukus yang best kat Kolej Shahputra tu. Kelmarin baru kitorang try makan di Kuantan Medical Center (KMC)semasa melawat Min dan Nana. Ops, bukan KMC yang special serve Nasi Kukus Juna Indera Mahkota tu, tapi parents Min dan Nana, Auntie Liza dan Uncle Li yang pergi beli di Restoran Nasi Kukus Juna ni dan bawa untuk kami berkelah dalam wad. Tak pernah pulak kami tahu ada Nasi Kukus glemer di KUantan ni.. Persoalannya, best sangat ke?? Restoran Nasi Kukus glemer kat Kuantan ni terletak di Jalan IM 3/11, Indera Mahkota. Senang cerita, dekat Jalan tengah2 area Kolej Shahputra (simpang tiga) dan berhadapan dengan Kolej Komuniti. Restoran Nasi Kukus Juna, bukan Yuna ataupun Juma okeyyyy.. Kedai dia adalah kat hujung sekali bangunan tu, tengah-tengah..yang signboard oren atas ni.. Biasanya memang akan nampak orang beratur sebab nak membeli nasi kukus kat kedai ni. Mudahlah nak cam kedai ni sebenarnya walaupun kali pertama datang. Suasana dalam Restoran Juna Nasi Kukus ni pun biasa jer.. tak menceriakan..tapi bersih memang bersih. Waiter dia pun cepat datang untuk ambil order dan juga cepat bertindak kemas meja. Servis okey! Gambar wajah nasi kukus Juna blur sebab masa ambil gambar, tangan dah jamah nasi.. ni pun kepak ayam ni hilang kena rembat dengan anak buah. My Mom suka dengan nasi kukus ni sebab kuah gulai dia more to dalca which is my mum's favie. Sambal dia pun memang diakui sedap. Nasi Kukus Juna ni memang siap dibungkus dalam kelongsong eventhough korang nak dine in. Sebab nak bagi aroma daun pisang, nasi kukus dan lauk sebati lah agaknya.. Baby Feeqa pun dah selera makan nasi..Si Nureen tu lah pencopet kepak ayam tadi! Overall, minuman di Restoran Nasi Kukus Juna ni tak power. Aku order tea o jer, tapi biasa je..takde ummph..Nasi Kukus Juna? My mum cakap dia suka this more..tapi aku dan my sis lebih suka Nasi Kukus kat Anak Mas Seafood kat Chukai, Terengganu jalan Jerangau-Jabor tu.. Ayam dia best, lebih garing dan besar, and aku suka kari pekat dia.. Owh ya, Nasi Kukus Juna ni berharga RM6 sebungkus.. Makanan kami tadi ditaja sepenuhnya oleh Uncle Li yang tetiba datang.. Makan free beb hari ni..hehe.. So, kenapa ramai sangat penuh kedai ni? Sebab ni port students Shahputra, Kolej KOmuniti dan juga pekerja area Indera Mahkota tu.. RM6 for lunch treat is cheaper than having nasi campur yang at last more than RM6.. am I rite?? |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan