13 di jabor - Google Blog Search |
Yok Rempitan ...: LPT 2 -Bukit Besi- Ajil kini dibuka... Posted: 02 Sep 2011 03:49 AM PDT Fuh lega...tak lebih 20 minit kini boleh sampai Ajil...maksud aku dari hentian rehat simpang Bukit Besi. Dulu ikut jalan persekutuan paling kurang 45 minit nak sampai sana, walaupun jarak tak melebihi 50km..Siapa yang biasa lalu laluan itu pasti tahu dimana tempat yang aku maksudkan. Kalau dulu disimpang tiga ini kalau nak ke Ajil akan ambik kiri, tapi kini belok kanan dan dalam 200 meter akan jumpa jalan susur ke lebuhraya baru.. Dulu kalau balik ke KT bermula dari simpang tiga Bukit Besi ke simpang tiga Ajil aku rasa laluan paling menyampah..sebab..? rasa tak sampai-sampai ..! batu tanda tunjuk jarak ke KT tak pun jauh mana, lebih kurang 78km saja..tapi dia punya rasa jauhh ..pergh boring betul ..! perasaan ini wujud barangkali fizikal dan mental dah penat setelah lebih 6 jam di atas jalan raya... Berbanding ikut laluan pantai Kemaman-Dungun- KT, aku lebih suka lalu lalauan Jerangau- Jabor. Walaupun jalan tak berapa elok tapi tak banyak berhenti-henti dek kerana banyak sangat gangguan lampu isyarat..Dulu orang takut guna laluan ini sebab sunyi tapi kini tidak lagi..Penempatan baru pun dah banyak disepanjang kiri kanan jalan. Bila dah dibuka keseluruhan lebuhraya nanti dari Kuantan ke KT mungkin laluan lama ini akan sunyi semula...Kalau dah di buka nanti nak ke Pantai Timur mudah la ..4-5 jam dah boleh sampai KT dari tol Gombak..duit saja la kena sedia untuk bayar tol..tapi kalau tak silap aku sepatutnya laluan selepas Jabor tak dikenakan tol atau kalau dikenakan juga kami harap tak mahal lah ..seingat aku pembinaan lebuhraya dilaluan ini bukan di bina oleh pihak konsesi sebagaimana perancangan asal tapi dibina dibawah kendalian JKR..itu sebab sepatutnya tol tiada... Sebab tu kalau korang perasaan lebuhraya yang baru saja di buka tu macam dah lama siap tapi tol plaza baru saja bermula pembinaannya...Macam baru buat keputusan U saja...! Wallahualam.. |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan