Rabu, 31 Ogos 2011

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


DARI MATA TURUN KE JARI...: MENJEJAKKAN KAKI <b>DI PULAU</b> <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 05:45 PM PDT


It has been nearly a month since the last time i updated this blog of mine.

Rutin harian terlalu... susah nak cakap. Bulan Julai hari tuh jer dah penuh organizer with activities & tasks.

Tapi sempat jugak pegi bercuti. Right before Ramadhan.

Kalu tak kerana staff trip nih, ntah bilalah aku dapat sampai kat Pulau Redang.

Oleh kerana aku kejar masa, update kat opis nih pun curik2 jer awal pagi, let the pics do the talking lah yer. Aku nyampuk sikit2 between the pixies.


Ini gambor sebelum bot bertolak ke Redang. Muka masing2 sihat walafiat lagi. Sib baik Hardi (the guy in red shirt) tak amik gambar aku masa tengah sea sick. Dia kata muka aku masa tuh dah macam nak masuk ICU! wakaakakaa.... ops! bukan aku sorang ajer yer yang muntah2 masa naik bot. Ramai lagi... mula2 nak control ayu tak nak sakit, pastu bila tengok sorang2 dah pegang plastik, aku pun buang rasa malu, sama ikut pegang plastik! Gilo ahhh boat trip amik masa 1 1/2 hours! By the time landed kat pantai, dah habis isi perut aku kuarkan hahahhaa.... adventure + nightmare sungguh!

Tapi masa pegi jer... masa balik aku okay... sebab dapat boat yang open air.
My room is no. 18. Satu bilik 4 orang. Met 2 new friends and additional 1 abang, roommate kawan kat bilik sebelah. So i have 3 new friends along the trip. Found out that depa nih satu kepala. And now we are good buddies. That's a good thing about staff trip.

View from my balcony. Damai jer...

Dah lama tak pegi pantai. Dulu pantai ler tempat favorite aku.


Muka happy lepas snorkeling. Mak puas hati noks!! hahahha.... ;-P

Few hours before boat trip back to Merang. My 3 roommates with Hardi (of course!).

Kat jetty Laguna. Yeah.. bon voyage Redang.


Singgah KT beli kopok lekor (dah habis digoreng & dimakan pun pada 1 Ramadhan) and serunding untuk ibu. Apa guna pegi Terengganu kalo tak singgah Pasar Payang, ye dak?

Tapi satu benda jer aku kempunan. Tak dapat mkan nasi dagang. Sampai KT dah petang. Kedai banyak dah tutup awal sebab esoknya nak posa. Mak kempunan tak dapat nasi dagang original dari Ganu... Masa nak datang tuh dah berangan2 dah. Takpe.. nanti aku carik kat KL nih.

Few pics jer dapat aku tepekkan kat sini. More pics dalam fb aku.

First time pegi Redang, the trip was okay. Few dissapointment here & there due to the time management by the organizer, but ended up okay on the last day. Hati nih terubat bila dapat singgah KT.

Will i be coming back? Maybe. But definitely... not too soon...


BERSANTAI <b>DI PULAU</b> GEMIA - <b>Pulau</b> Gemia, Malaysia Travel Blog

Posted: 16 May 2011 12:00 AM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Monday, May 16, 2011

Selepas bersnokeling di Pulau Kapas, cikgu membawa kami bersnokeling pula Pulau gemia sebelah pulau kapas untuk melihat resort di situ dan juga anak2 penyu. Memang cantik tempat ini. Di sini resortnyer eklusif sikit. Kalau ada duit byk boleh la datang nanti...he he..

Pulau Gemia
Pulau Gemia merupakan pulau persendirian dan terletak hanya 800 meter dari Pulau Kapas. Seperti Pulau Kapas, perjalanan menaiki bot dari Jeti Marang mengambil masa 15-30 minit. Biasanya pelancong yang pergi ke Pulau Kapas akan terus berkunjung ke sini.


Aktiviti yang boleh dilakukan pelancong di Pulau Gemia ini hampir sama dengan aktiviti di Pulau Kapas seperti selam skuba, snorkel, berenang, menyelam, mandi-manda dan memancing.


Oleh kerana pulau ini baru dan bersaiz kecil, ia kurang dikenali pelancong berbanding Pulau Kapas. Suasana di Pulau Gemia agak tenang, sesuai bagi mereka yang inginkan kedamaian dan melihat haiwan hidupan liar. Bagi pengunjung yang bernasib baik akan dapat melihat penyu bertelur di Pulau Gemia ini.


Sekiranya anda ingin ke Pulau Gemia dengan pengangkutan awam dari Kuala Terengganu, anda perlu menaiki bas atau teksi dari hentian bas atau teksi di Kuala Terengganu ke Marang. Dari Jeti Marang, anda boleh menaiki bot biasa atau bot laju untuk ke Pulau Gemia.


Gem Wellness Spa & Island Resort 

Pulau Gemia!! sebuah pulau yang berkeluasan 9ekar berhampiran Pulau Kapas mungkin tidak begitu dikenali berbanding pulau-pulau lain di Terengganu. Pulau Gemia adalah pulau persendirian yang terletak kira-kira 800Meter dari Pulau Kapas dan mengambil masa 15minit perjalanan dari Jeti Marang. Walaupun Pulau Gemia kecil namun banyak keistimewaan yang ada di pulau ini. Pulau Gemia dikelilingi pasir putih bersih, air laut yang sejernih kristal, batu-batu karang yang berwarna warni dan kehidupan marine seperti ikan dan penyu menjadi daya tarikkan utama pulau ini. Pulau ini boleh dianggap sebagai antara pulau yang terindah di Pantai Timur . Dikelilingi hutan dara, bukit batuan dan air laut yang membiru benar-benar memukau pengunjung untuk merasai kedamaian di Pulau Gemia.

Gem Wellness Spa & Island Resort adalah satu-satunya resort yang ada di Pulau Gemia yang sebelum ini dikenali sebagai Gem Island Resort. Resort ini juga menyediakan kemudahan lengkap bagi pengunjung untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang wajib adalah snorkeling, berenang bersama ikan dan melihat keindahan batu karang yang berwarna warni yang cukup menakjubkan. Melepak di beranda resort dan melihat pemandangan indah Pulau Kapas yang tidak jauh dari resort dan dataran Marang yang sayup-sayup kelihatan dari kejauhan. Di bawah beranda pula kedengaran ombak lembut memukul batu dan melihat anak-anak ketam berlari-lari di atas batu setiap kali air ombak menghempas mereka.

Antara perkara yang wajib dilakukkan di resort ini adalah melakukkan SPA. Manjakan diri dengan pelbagai terapi yang disediakan antaranya mandi bunga, terapi tradisional Melayau, sauna herba, Thai terapi, Minyak Spa terapi, aroma terapi, rawatan badan dan urut badan dan kaki. Resort ini menyediakan 4 chalet khas untuk pelanggan mendapatkan rawatan dan terapi dengan selesa dan mendamaikan. Pulau Gemia sememangnya menyediakan segala-galanya untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kota. Untuk tempahan di sekitar Lembah Klang bolehlah menghubungi talian di bawah.

Gem Wellness Spa & Island Resort
No. 37, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tel : 603-7727 9287 Fax :603-7727 9661

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads