Selasa, 16 Ogos 2011

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


SETIU HARI INI: Sehari <b>di Pulau Redang</b>....

Posted: 20 Jun 2011 12:03 AM PDT

Barisan Skuad Sayang bersama Puan Hajah Nik Aini (tiga dari kanan) dan Hajah Wan Maznah (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama warga emas (tengah).

BATU RAKIT (PULAU REDANG) 16hb Jun 2011- Skuad Sayang (Pergerakan Wanita Umno Dun Batu Rakit) dan Puan Hajah Nik Aini Nik Soh isteri YB Adun Batu Rakit telah mengadakan satu lawatan ke Pulau Redang dalam Program Skuad Sayang Turun Padang. Skuad yang turut disertai oleh seramai 33 orang ini telah bertolak dari jeti Merang jam 9.00 pagi dan sampai pada jam 10.30. Kehadiran rombongan ini telah disambut oleh Ketua Wanita Umno Cawangan Pulau Redang Puan Remelah Omar.

Program Skuad Sayang Turun Padang ini yang diketuai Hajah Wan Maznah Nong selaku Ketua Penyelaras Pergerakan Wanita Umno Dun Batu Rakit merangkap Ketua Umno Bahagian Setiu juga turut disertai oleh APMT Dun Batu Rakit sebagai pengiring.Antara acara yang telah ditetapkan sepanjang lawatan ini ialah sumbangan bantuan makanan untuk warga emas,perlawanan persahabatan bola jaring dan juga majlis bacaan yassin.

Nik Aini (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemain bola jaring.
Seramai 12 orang warga emas dan juga pesakit kronik telah dipilih untuk menerima sumbangan barangan dapur oleh Puan Hajah Nik Aini.Mereka-mereka yang terpilih menerima sumbangan ini amat bersyukur diatas kecaknaan yang telah ditunjukkan oleh Nik Aini dan Skuad Sayang.

Perlawanan persahabatan bola jaring bagi mengisi program lawatan Skuad Sayang ke Pulau Redang.
Majlis bacaan yassin yang diadakan dirumah Ketua Wanita Umno Cawangan Pulau Redang.
Hajah Wan Maznah menyampaikan sumbangan kepada Ketua Wanita Pulau Redang Puan Remelah Omar (dua dari kiri).
Warga Emas (tengah) menerima sumbangan dari Skuad Sayang.
Menghulur bantuan sambil bertanya khabar.
Warga emas tersenyum menerima bantuan makanan dari Nik Aini (kanan).
Nik Aini (kiri) sempat berjenaka bersama warga emas (bertudung hijau).

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Beladau Seri: <b>Pulau Redang</b> Dalam Kenangan 2011 ( Part II <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2011 09:54 AM PDT


Kali ini saya  ingin berkongsi dengan Anda tentang landscape yang terdapat di Pulau Redang ini.  Foto ini diambil pada waktu tengahari di tepi pantai dan ianya langsung tidak di edit  kerana saya ingin mengekalkan keadaan semulajadi pada waktu tersebut. Lihatlah betapa cantiknya dan landainya  pantai yang ada di Pulau Redang ini . Terasa bangga jugak bila negara kita mempunyai pantai secantik ini. Tidak hairanlah ramai pelancong dari luar negara suka datang ke Pulau- pulau yang terdapat di negara kita. Kadang saya pernah bertanya kepada pelancong dari negara luar khususnya Eropah . Mereka sanggup tinggal hampir berbulan - bulan di pulau - pulau kat sini kerana sukakan keindahan yang ada di sekeliling pulau . Bagi yang sukakan kedamaian dan ketenangan kat sini adalah tempat yang sesuai untuk Anda dan keluarga berehat. Bagi photographer persendirian, kat sini pun banyak gambar - gambar menarik yang boleh di ambil. Yang paling best adalah semasa shoot mentari terbit dari ufuk timur..Kalau tak percaya ...Jom kita tengok gambar - gambar yang saya snap semasa beberapa hari bersantai di sini ...Jom..Jomm..

 
Foto ni di ambil dari sudut tepi pantai . Chalet yang ada dalam gambar ini adalah kepunyaan Laguna Redang 
Wah..begitu landai sekali pantai yang terdapat di sini . Ianya  adalah selamat untuk kanak - kanak bermandi manda di sini.

Kelihatan Nabihah dengan gaya machonya baru lepas mandi di tepi pantai
  Yezzar...sayalah  juara Prince of the Night bagi tahun 2011. Tak sia - sia saya pakai baju kungfu naga nie...ada aura ...
Foto ni di ambil ketika sebelum matahari terbit. Bihah pun telah bagun awal untuk melihat fenomena matahari terbit yang menunjukkan bermulanya siang..
 Itu dia faiq pun telah bangun dari tidur serta telah sama - sama menunggu saat kemunculan mentari di ufuk timur..Saat - saat sebegini bukan senang untuk kita lihat secara " live " . Ianya memerlukan kesabaran dan pengorbanan untuk bangun seawal pagi ..Jom kita tengok... ( foto ekslusif dari Zuhal Nakhoda - copyright reserved 2011 )
Itu dia mentari telah mula menunjukkan wajahnya dari ufuk timur..
Mentari beransur - ansur menampakkan wajahnya yang sebenar ..
kelihatan mentari mula mengintai di sebalik awan

Dan akhirnya mentari memberi sinar kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini atas arahanNYA. Ianya menjadi petanda bagi Ahli - ahli Fikir...Bersyukurlah bumi ini masih lagi diterangi mentari dan esok masih ada ..
sekali sekala bersantai di sini sambil mengadap laut biru  mendamaikan jiwa .
 Antara yang turut serta dalam aktiviti snorkeling ke Taman Laut Pulau Redang ..

Zuhal Nakhoda sempat bersama - sama dengan keluarga  kakitangan firma Khairul Sofian Anuar & Co
( cawangan Dungun ) ..KSA Bagus ! Satu Malaysia satu KSA ..
Penulis merakamkan kenangan bersama keluarga kakitangan KSA ( Terengganu )
Sebagai kenangan , Penulis sempat berfoto bersama keluarga besar Khairul Sofian Anuar & Co di Pulau Redang bagi tahun 2011. Yezzzaarr..KSA ...Best. ! Bos- bos pun semua sporting ..jumpa lagi di tahun hadapan 2012..
Myspace text generator Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads