13 di pulau bidong - Google Blog Search |
Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Arkib Rakam Dan Dokumentasi <b>Pulau</b> <b>...</b> Posted: 02 Aug 2011 11:26 AM PDT Arkib Negara Cawangan Terengganu menyiapkan rakaman dan dokumentasi Pulau Bidong, di Laut China Selatan untuk simpanan dan rujukan generasi akan datang. Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu Mohd Nasir Ismail berkata penggambaran yang mengambil masa dua hari mulai 29 Jun lepas sangat mencabar kerana pulau yang penuh dengan sejarah itu berbukit serta dipenuhi semak samun. "Gugusan Pulau Bidong mengandungi enam pulau dan rakaman dibuat meliputi dari arah laut dan daratan yang curam serta semak dengan tumbuhan meliar. "Apa yang menarik tentang pulau itu ialah mengenai peninggalan sejarah silam kepada negara khususnya Terengganu apabila ia dijadikan penempatan pelarian Vietnam selama lebih 15 tahun bermula 1975 hingga 1991," katanya ketika ditemui Bernama di Kuala Terengganu, semalam. Mohd Nasir berkata pulau milik kerajaan Terengganu itu pernah dipinjamkan kepada kerajaan persekutuan pada Ogos 1978 dan diwartakan sebagai penempatan kem pelarian di bawah kawalselia serta pengurusan Pesuruhjaya Tinggi Bagi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Mohd Nasir berkata apabila kumpulan terakhir pelarian Vietnam keluar dari pulau itu pada 1991, Pulau Bidong diserah kembali kepada kerajaan negeri tetapi terus ditutup kepada orang ramai sehingga tahun 1999. Beliau berkata sejarah pulau yang tidak berpenghuni itu hampir dua dekad berlalu dan kini hanya kelihatan sisa-sisa runtuhan binaan seperti rumah panjang, sekolah, kedai, klinik dan bengkel. Bangunan usang lain yang masih kelihatan ialah tokong, gereja, kubur di mana sebahagian binaan konkrit seperti ukuran dan replika patung kelihatan masih utuh, namun kurang jelas kerana diseliputi semak samun yang meliar. Mohd Nasir berkata pendokumentasian pulau itu melibatkan empat krew dari Arkib sendiri yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan dan Pengembangan Wan Hussin Wan Mohd dengan kerjasama jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Rakaman yang akan dibuat dari semasa ke semasa itu sebagai satu langkah mengumpul koleksi bahan arkib sebelum aktiviti pembangunan menjarah ke kawasan berkenaan, katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan