13 di marang - Google Blog Search |
Sotong/ Ikan Celup Tepung <b>di</b> Pantai Kelulut, <b>Marang</b>, Terengganu <b>...</b> Posted: 17 Aug 2011 09:01 AM PDT Negeri Terengganu mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan sangat cantik. Dari daerah Kemaman sehinggalah ke daerah Besut, Terengganu tidak akan mengecewakan pengunjung dengan menjanjikan panorama indah sepanjang perjalanan di negeri Terengganu. Sepanjang Pantai Kelulut terdapat banyak kedai makanan laut (seafood) yang sedap dengan harga berpatutan. Pantai Kelulut ini terletak di dalam daerah Marang antara laluan Kuala Terengganu – Kuantan. Terdapat banyak pilihan gerai seafood dan semua seafood yang dijual disini segar. Pantai Kelulut, Marang terletak berhampiran dengan bandar Marang. Lokasi pantai kelulut ini kira-kira 21 km daripada bandar Kuala Terengganu. Di sini, pengunjung dapat menenangkan fikiran dan menghabiskan masa dengan kenangan indah bersama keluarga tercinta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang serta minum petang. Banyak gerai meyediakan juadah menarik yang sangat terkenal di negeri Terengganu, iaitu sotong/ ikan dan makanan laut celup tepung. Makanan laut di sini sangat segar kerana pengusaha gerai mengambil hasil laut ini terus dari nelayan dari jeti berdekatan. Selain itu, terdapat satu gerai keropok lekor yang memang popular di negeri Terengganu dan juga luar Terengganu iaitu Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Gerai Keropok Lekor 008 ini popular dengan keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok Lekor 008 mempunyai kandungan ikan yang banyak berbanding sagu. Sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang hanya semata-mata untuk membeli keropok lekor 008. Satu kemestian ole-ole untuk dibawa pulang dari Terengganu ialah keropok lekor. Alamilah sendiri keunikan dan keindahan Terengganu. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Negeri Terengganu. Ianya pasti menjanjikan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik. p/s: terima kasih kepada model-model yang tak berbayar di atas. hehe Related posts:
| ||
raihazi ~: hari kedua kami <b>di marang</b> & kuala terengganu Posted: 01 Jun 2011 09:49 AM PDT
elok sampai rumah, sofia pun jaga. saya dah susah hati takut dia lewat tido. mama dah ngantuk tahap gaban ni sayang oii. ha, sebelum terlupa gambar dalam n3 ni memang sengaja disusun macam ni. cerita mengikut gambar adalah dari malam sebaik sampai di kuantan reverse sepetang di masjid terapung dan makan pagi di marang.. sori la kalau menyusahkan readers utk faham cerita :) peacee! en gie singgah solat asar di masjid terapung ~ cantik pemandangan kat sini. ramai orang datang bersolat dan berehat. kawasan berhampiran ada tempat jual2 baju dan cenderamata. oleh sebab mama xdibenarkan masuk kawasan masjid atas alasan yang xboleh disangkal sesiapa pun maka kami dua beranak terus mencari toilet. misi nya nak salin cd sofia. sofia berpeluh sakan masa ni. cuaca pun boleh tahan terik walaupun dah lebih 5pm tengah hari sebaik check out kami ke pasar payang di kuala terengganu. mulanya ingat xnak beli apa2 sebab bajet mesti harga mahal time cuti sekolah.. last bila dah jalan2 mula la tangan belek itu ini sambil angkat2 kening kat en gie hehehehehehe mama dapat tudung saji *jauh2 kau pegi beli tudung saji hahahahahaha* yang cantik sebab ada anyaman, brooch tudung, sofia dapat tshirt elmo dan tudung bling2 ayah borong makanan :D buah salak, dodol, keropok keping, lagi apa ntah .. otw balik sempat singgah kelulut beli keropok leko yang sedap. makan panas2 best! terbaikkkk ni pulak cerita pagi tadi, kami bersarapan dekat je dengan guest house. saya makan nasi lemak berkongsi dengan cik sofia. en gie makan nasi dagang. lepas makan, en gie dan en roy pegi site siapkan keje. kaum ibu dan anak balik bilik rehat2 tengok tv. hahahahaha best2 nikmat weii perut kenyang lepak diam2 dalam bilik ada air cond. mata layu jer, tapi sibuk belek hadiah sedar2 dah pukul 12 lebih. sofia tido lagi so cepat2 la kemas kain baju. kutip segala apa yang patut. buang sampah. elok je mama nya siap bertudung sofia pun terjaga hihihiihi bagus2! mandikan sofia yang sibuk tanya ayah.. ayah belum balik la. entah kat site lagi ke xpun dah otw balik. saje malas nak mesej. yang penting siapkan barang2 dulu kalau xnanti lambat check out leceh la plak sebaik check out kami ke pasar payang. 'memberi' wang kepada peniaga2 yang cantik dan peramah disana huuuhuuhuhu cantik la songket tenun kat situ.. harga pun boleh tahan mahal. padan la dengan hasil tenun yang superb tu sinopsis : sarapan pagi di marang : en gie pegi site di rusila : check out 1+pm : shopping di pasar payang : bertolak balik : solat asar masjid terapung : singgah pantai kelulut beli keropok lekor : makan malam di balok : selamat tiba di kuantan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan